Skim rebat wang tunai Poliklinik Yishun bakal diperluaskan kepada semua poliklinik NHG
Hampir 600 pesakit penyakit kronik meraih faedah daripada skim perintis di Poliklinik Yishun yang membolehkan mereka mendapat rebat wang tunai apabila sasaran penjagaan kesihatan mereka berjaya dicapai.
SINGAPURA: Hampir 600 pesakit penyakit kronik meraih faedah daripada skim perintis di Poliklinik Yishun yang membolehkan mereka mendapat rebat wang tunai apabila sasaran penjagaan kesihatan mereka berjaya dicapai.
Hasil tersebut didedahkan semasa majlis pembukaan poliklinik yang diperbaharui itu oleh Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, hari ini (3 Nov).
Selepas perluasannya, Poliklinik Yishun boleh menguruskan sekitar 1,800 pesakit setiap hari. Para pesakit yang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi boleh mendaftarkan diri bagi sebuah pelan peribadi selama setahun.
Ia merangkumi konsultasi kesihatan lengkap, pemeriksaan dan perubatan yang bakal diperlukan para pesakit pada kos antara S$100 hingga S$500.
Jika pesakit memenuhi matlamat mereka, seperti sasaran gula dalam darah atau paras kolestrol, mereka boleh mendapatkan rebat sehingga S$20 untuk pelan tahun berikutnya.
Skim tersebut dimulakan di Poliklinik Yishun sejak April tahun lalu.
Ia bakal diluaskan kepada poliklinik-poliklinik lain di bawah Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG)dalam beberapa tahun akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.