Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim Petanda Hijau baru galak pejabat lebih mesra alam

Sebuah skim Petanda Hijau baru diperkenalkan untuk menggalak pejabat lebih mesra alam dan menawarkan persekitaran lebih baik bagi para pekerjanya. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Sep 2018 08:58PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 09:21PM

SINGAPURA: Sebuah skim Petanda Hijau baru diperkenalkan untuk menggalak pejabat lebih mesra alam dan menawarkan persekitaran lebih baik bagi para pekerjanya.

Skim oleh Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan memberi tumpuan terhadap peningkatan dalaman pejabat dan program-program kesejahteraan untuk para pekerja.

Pejabat-pejabat akan dinilai berdasarkan reka bentuk dan pengurusan mampan serta tenaga, persekitaran pejabat dan program-program berkaitan kesihatan untuk pekerja mereka.

Pengumuman itu dibuat selepas sebuah program sulung yang dijalankan dari Mei hingga Ogos tahun ini.

Ia menyaksikan enam syarikat yang menerima pensijilan.

Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad berkata skim itu dibangunkan untuk menyatupadukan dua matlamat tersebut iaitu mewujudkan ruang persekitaran bekerja yang mesra dan sihat.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan