Skim perintis benar syarikat pembersihan gajikan pekerja asing sambilan
Syarikat-syarikat pembersihan di negara ini akan mengambil pekerja-pekerja asing sambilan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi khidmat membersihkan rumah.
SINGAPURA: Syarikat-syarikat pembersihan di negara ini akan mengambil pekerja-pekerja asing sambilan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi khidmat membersihkan rumah.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) melancarkan satu program perintis bagi membenarkan 15 syarikat pembersihan untuk mengambil para pekerja sambilan dari luar negeri.
Para pekerja itu diambil dari Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan.
Syarikat-syarikat yang menyertai skim tersebut termasuk Home Cleanz dan Amahs On Wheels.
Para pekerja sambilan itu boleh dihantar untuk melakukan kerja pembersihan di beberapa rumah.
Mereka akan menginap di tempat-tempat yang disediakan pihak syarikat yang mengambil mereka untuk bekerja.
Program perintis itu akan dijalankan sehingga September ini.
MOM kemudian akan membuat keputusan untuk melanjutkannya atau menjadikannya skim tetap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.