Skip to main content

Singapura

Skim pengubahan wang haram libatkan pengeluaran tunai dari mesin pasar raya Sheng Siong

Polis Singapura mendedahkan satu skim pengubahan wang haram baharu yang melibatkan pengeluaran wang secara haram, dari mesin-mesin "Simple Teller Machines" atau $TM, yang terdapat di lebih 60 pasar raya Sheng Siong.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2025 08:47PM Dikemas Kini : 27 Jun 2025 12:53AM
SINGAPURA: Polis Singapura mendedahkan satu skim pengubahan wang haram baharu yang melibatkan pengeluaran wang secara haram, dari mesin-mesin "Simple Teller Machines" atau $TM, yang terdapat di lebih 60 pasar raya Sheng Siong.

Empat lelaki berumur 16 hingga 23 tahun sudah pun dikenakan dakwaan berkaitan kes pengubahan wang haram bernilai lebih S$51,000 itu.

Dua daripada lelaki yang dituduh, Muhammad Noraidilsahiq Muhammad Norasif dan Muhammad Izz Iryan Mod Ali dibawa kembali ke tempat kejadian pada Khamis (26 Jun).

Pengubahan wang haram tersebut dilakukan dengan menghantar Kod QR PayNow dari mesin $TM ke kumpulan sembang Telegram yang dikendalikan seorang dalang yang kemudiannya memindahkan wang menggunakan akaun-akaun bank yang diragukan.

Kakitangan pasar raya Sheng Shiong menyedari terdapat pengeluaran wang tunai secara besar-besaran dari pelbagai mesin pada 18 Jun lalu.

Apabila perkara yang sama berulang pada hari berikutnya, mereka menghubungi polis.

Pengeluaran wang dihadkan kepada $$1,000 bagi setiap transaksi, namun jumlah keseluruhan adalah berdasarkan had harian PayNow pengguna.

Sheng Siong menyatakan langkah-langkah baharu tersebut diterapkan bagi membendung kejadian serupa daripada berulang.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita