Skim pemulangan bekas minuman ditangguh setahun lagi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Pelancaran skim pemulangan bekas minuman akan ditangguhkan untuk memberi masa tambahan kepada pengeluar minuman dan peruncit supaya dapat mereka bentuk dan mengendalikan skim tersebut, dedah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (31 Jul).
Skim itu, yang bertujuan untuk mengurus sisa bungkusan di Singapura, dijadual untuk bermula pada 1 April 2025.
Ia kini akan dilancarkan setahun lagi, iaitu pada 1 Apri 2026, tulis NEA dalam kenyataan media pada Rabu.
NEA memberi kemas kini tersebut sedang ia mengumumkan bahawa pihaknya sudah mengeluarkan lesen kepada Beverage Container Return Scheme Limited (BCRS Ltd) pada Isnin (29 Jul), untuk mereka bentuk dan mengendalikan skim itu.
BCRS Ltd adalah syarikat bukan meraih keuntungan diperbadankan baharu yang ditubuhkan konsortium pengeluar minuman yang menunjukkan minat untuk memohon mengendalikan skim tersebut pada Mei 2023. Anggota konsortium itu terdiri daripada Coca-Cola Singapore Beverages, F&N Foods dan Pokka.
Menurut NEA, tarikh pelancaran skim itu ditangguhkan atas permintaan konsortium selepas ia "mengambil lebih banyak masa daripada yang dijangkakan untuk menghantar cadangan yang merangkumi pelbagai pertimbangan operasi dan perniagaan."
"Semakan ini adalah untuk memberi masa yang cukup untuk BCRS Ltd, pengeluar minuman dan peruncit untuk mereka bentuk dan mengendalikan skim itu dengan lancar bagi kemudahan pengguna," tulis agensi itu.
Di bawah skim pemulangan bekas minuman, minuman sudah dibungkus di dalam bekas plastik dan logam antara 150 mililiter hingga 3 liter, mempunyai deposit yang boleh dikembalikan sebanyak 10 sen.

Semua pengeluar yang mengimport atau mengeluarkan produk minuman dibungkus perlu mengambil bahagian dalam skim itu.
“Sebagai pengendali berlesen, BCRS Ltd akan bertanggungjawab untuk mengumpul bekas minuman plastik dan logam untuk dikitar semula bagi pihak semua pengeluar minuman di Singapura untuk tempoh tujuh tahun, mulai 1 April 2026, hingga 31 Mac 2033,” tambah NEA.
BCRS Ltd akan bertangunggjawab bagi pihak semua pengeluar minuman, dan dikehendaki oleh undang-undang untuk melantik sekurang-kurangnya dua pengarah lembaga untuk mewakili kepentingan pengeluar minuman lebih kecil.
MENJELANG PELANCARAN SKIM
Menjelang pelancaran skim itu, BCRS Ltd perlu menubuhkan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat pemulangan bekas minuman.
Skim tersebut akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Julai 2026, dan ketika itu, semua bekas minuman mempunyai label tanda deposit dan mempunyai nilai deposit sebanyak 10 sen, dedah NEA.
NEA menyatakan kadar pemulangan yang disasarkan skim itu pada tahun ketiga adalah 80 peratus.
Satu laman yang mempunyai maklumat mengenai lokasi pusat pemulangan serta acara pendidikan dan promosi akan dilancarkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.