Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim pancing data OCBC: Remaja akui lakukan pengubahan wang haram

Anggaran Waktu Membaca:
Skim pancing data OCBC: Remaja akui lakukan pengubahan wang haram

(Gambar: Calvin Oh/CNA)

Diterbitkan : 20 Apr 2022 04:14PM Dikemas Kini : 20 Apr 2022 04:14PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang dikatkan dengan beberapa skim memancing data OCBC lewat tahun lalu, hari ini (20 Apr) mengaku bersalah atas kesalahan-kesalahannya termasuk pengubahan wang haram.

Leong Jun Xian merupakan individu pertama yang dihadapkan ke mahkamah dalam kalangan mereka yang disyaki ada kaitan dengan skim penipuan tersebut.

Kerugian sebanyak S$13.7 juta terpaksa ditanggung akibat skim-skim memancing data tersebut, yang menyebabkan 790 pelanggan terjejas, menurut Bank OCBC dalam satu kenyataan pada Januari. 

Leong mengaku bersalah atas lima kesalahan. Dua daripadanya adalah kerana membantu seseorang mendapatkan keuntungan daripada aktiviti jenayah dan satu lagi kerana dia menganggotai kumpulan jenayah terancang tempatan.

Selain pelibatannya dalam skim-skim penipuan tersebut, Leong juga mengaku bersalah atas dua kesalahan merusuh. Lagi 10 tuduhan akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan. 

Tujuh lagi yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan jenayah kumpulan terancang adalah Kong Jia Quan, 19 tahun; Lim Kai Ze, 21 tahun; Jovan Soh Jun Yan, 20 tahun; Muhammad Khairuddin Eskandariah, 20 tahun; Brayden Cheng Ming Yan, 19 tahun; Roy Peh Yong Rong, 19 tahun; dan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dikenali sebagai "A2" dalam dokumen mahkamah. 

Hakim Daerah Kessler Soh mengusulkan laporan kelayakan probesen dan latihan pemulihan serta memerintahkan agar Leong ditahan reman selama seminggu di pusat latihan pemulihan. 

Leong akan kembali dihadapkan ke mahkamah bagi hukumannya minggu depan. 

Kesalahan memudahkan kawalan keuntungan hasil aktiviti jenayah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sesiapa yang didapati bersalah menganggotai sebuah kumpulan jenayah terancang tempatan boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali. 

Hukuman atas kesalahan merusuh adalah penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan rotan. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa