Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim Khidmat Isi Rumah diperluas; permintaan jagaan kanak-kanak, warga senja meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Mar 2023 06:57PM Dikemas Kini : 19 Mar 2023 10:37PM
SINGAPURA: Semakin banyak keluarga kini memilih khidmat pembersihan rumah sambilan.

Salah satu syarikat yang terlibat melaporkan permintaan meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa tahun lalu.

Ada juga yang berkongsi pertanyaan tentang khidmat jagaan turut bertambah.

Ini selepas Skim Khidmat Isi Rumah (HSS) diperluaskan sejak Rabu lalu (15 Mac), menyertakan khidmat jagaan untuk kanak-kanak dan warga senja.

Baik masa untuk bermain, hingga masa untuk makan dan membersihkan alat permainan.

Sesetengah pasangan ibu bapa antaranya menempah khidmat jagaan kanak-kanak sambilan untuk anak mereka bagi membantu meluangkan waktu untuk tugasan lain. Mereka berbuat demikian daripada mengambil seorang pembantu rumah sepenuh masa yang perlu tinggal bersama mereka.

Salah satu syarikat yang menyediakan khidmat sedemikian berkongsi, permintaan bagi jagaan kanak-kanak dan warga senja semakin meningkat.

Oleh itu, mereka ingin menambah sekitar 10 lagi kakitangan dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Setakat ini, terdapat sekitar 140 syarikat di bawah Skim Khidmat Isi Rumah (HSS) yang dilanggani sekitar 20,000 keluarga.

Permintaan bagi khidmat sambilan itu dijangka bakal terus melonjak sedang lebih banyak keluarga memilih kaedah yang lebih fleksibel.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan