Skip to main content

Singapura

Skim Kerja-Belajar Siber beri kelebihan buat anggota NS yang minat bidang IT seperti Ammar

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Minat mendalam terhadap bidang teknologi maklumat dan keselamat siber mendorong Ammar Abdul Jabar untuk menyertai skim Kerja-Belajar Siber Politeknik.

Skim itu membolehkan pelajar lelaki dalam tahun akhir politeknik dalam bidang tersebut meraih peluang untuk raih pengalaman bekerja.
Ia menyepadukan latihan amali atau ‘internship’ pelajar lelaki dengan Perkhidmatan Negara (NS) mereka.

Ini bermakna mereka akan menjalani menjalani NS selama tiga tahun tiga bulan.

Dalam tempoh itu, peserta skim itu seperti Ammar akan meraih peluang untuk membangunkan kemahiran keselamatan siber menerusi latihan vokasional dan latihan kerja atau 'On-Job-Training'.

"Kursus ini menawarkan peluang berharga untuk meraih pengalaman sambil memburu pembangunan akademik saya. Saya melihatnya sebagai asas kukuh untuk membina kerjaya dalam bidang yang kian berubah dan strategik. Selain itu, saya juga ingin menyumbang kembali kepada pertahanan siber negara," kata Ammar.

Tambahnya, menerusi penglibatannya dalam kursus itu beliau meraih pelbagai kemahiran teknikal dan profesional yang penting.

Ini termasuk penganalisisan forensik digital dan pengurusan ancaman.

"Saya juga meraih kemahiran-kemahiran seperti pemikiran kritis, keupayaan menghuraikan masalah dan kerja berpasukan secara efektif," ujar Ammar.

Keluarganya juga banyak memberinya dorongan terutama sekali ayahnya yang menjadi pembakar semangatnya sepanjang beliau mengikuti kursus tersebut.

"Sejak dari mula saya mengetahui tentang kursus ini, beliau sentiasa menggalak saya untuk mendaftarkan diri dan juga membantu saya bersiap sedia secara mental untuk proses wawancara. Ia sesuatu yang amat mengharukan apabila beliau begitu bangga apabila saya diterima - beliau juga berkongsi hal ini dengan kawan-kawannya," ujarnya lagi.
Related article image
SCT Ammar Abdul Jabar. (Gambar: MINDEF)
3SG Ammar merupakan antara 1,004 kadet dari Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara Republik Singapura yang menerima pentauliahan sebagai pakar tentera setelah selesai menjalani kursus intensif selama 22 minggu.

Upacara tamat kursus spesialis bagi kohort ke-63 itu diadakan di Kem Pasir Laba pada 22 Mei.

Menteri Negara Kanan Undang-Undang merangkap Pengangkutan, Murali Pillai yang hadir selaku Pegawai Pemeriksa majlis tamat kursus itu menekankan mengenai peranan dan tanggungjawab penting para pegawai.
Related article image
Encik Murali Pillai. (Gambar: MINDEF)
"Sedang kami meraikan SG60 dan SAF60 tahun ini, kami mesti akur bahawa kestabilan, kesatuan dan kemajuan yang kami menikmati hari ini bukan satu kebetulan. Ia hasil kerja keras, pengorbanan dan dedikasi - yang dibina oleh generasi-generasi Singapura sebelumnya. Tanggungjawab meneruskan legasi ini kini di tangan anda - Spesialis dan Pakar Tentera - sedang anda membangun dan memimpin. Anda mesti terus mengasah kemahiran-kemahiran anda termasuk mereka yang di bawah bimbingan anda. Bersama, anda boleh memastikan bahawa SAF kekal kukuh, berkebolehan dan bersedia melindungi Singapura," kata Encik Murali.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita