Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim kebun masyarakat dapat sambutan memberangsangkan

Kesemua 220 petak kebun yang ditawarkan kepada para penduduk di lima taman hujung minggu lalu, habis disewakan.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Kesemua 220 petak kebun yang ditawarkan kepada para penduduk di lima taman hujung minggu lalu, habis disewakan.

Petak-petak kebun disediakan di lebih banyak taman di merata Singapura menyusuli kejayaan skim perintis di HortPark.

Terbaru adalah di taman-taman Bedok Town, Choa Chu Kang, Pasir Ris, Sengkang Riverside dan Yishun.

470 PERMOHONAN BAGI 220 PETAK KEBUN

Sebanyak 80 petak kebun dua setengah meter persegi ini disediakan di HortPark pada Julai 2016 sebagai skim perintis.

Sejak itu, skim kebun masyarakat sudah berkembang luas, dengan lagi 620 petak kebun disewa oleh para penggemar kegiatan berkebun.

Ini termasuk 220 petak kebun yang baru dibuka untuk permohonan sewa Sabtu lalu dan habis disewa pada hari yang sama.

Jumlah pemohon melebihi jumlah petak yang disediakan, iaitu seramai 470 individu.

Mengulas sambutan amat memberangsangkan itu, Pengarah HortPark Encik Mohd Azmi Shabudin berkata: "Kami amat terharu sekali dengan sambutan yang begitu baik daripada orang ramai oleh kerana sambutan yang hangat ini, sebab itulah kami merancang untuk memperluaskan lagi skim ini dan membina banyak lagi petak kebun. "

80% TANAMAN BOLEH DIMAKAN

Harga sewa adalah $57 untuk setahun dan tempoh sewa yang dibenarkan adalah tiga tahun.

NParks menyediakan petak kebun berisi tanah setinggi paras pinggang untuk memudahkan kegiatan berkebun serta air.

Manakala penyewa kebun membawa alat-alat berkebun dan benih-benih yang ingin ditanam.

Buat masa ini 80 peratus daripada kumpulan berkebun di estet-estet HDB menanam tanaman yang boleh dimakan di kebun-kebun masyarakat.

"Terdapat lebih daripada 1,000 kebun masyarakat di antara estet-estet perumahan di sekolah-sekolah di tempat-tempat perindindustrian dan sebagainya," kata Encik Azmi.

Beliau menambah, "kebanyakan kebun-kebun ini mempunyai pokok yang boleh dimakan. Mungkin suatu hari lebih banyak lagi kebun ini berkembang ke seluruh negeri dan lebih senang untuk kita mendapatkan pokok-pokok yang boleh dimakan ini."

Permohonan sewa akan dibuka untuk 40 petak kebun di Ang Mo Kio Town Garden West dan 300 lagi di Jurong Lake Gardens West, menjadikan kesemuanya lebih 1,000 petak kebun sewaan di merata Singapura menjelang 2019. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan