Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim Insentif Tanda Hijau S$63 juta galak pemilik bangunan dakapi usaha lestari

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dalam usaha untuk membantu bangunan-bangunan sedia ada menjadi lebih cekap tenaga, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan melancarkan skim insentif baru bernilai S$63 juta. Ia demi membantu pemilik bangunan untuk mengurangkan kos pendahuluan bagi kerja-kerja naik taraf.

Di bawah Skim Insentif Tanda Hijau bagi Bangunan Sedia Ada 2.0(GMIS-EB 2.0), pemilik bangunan boleh mendapat geran bergantung kepada pengurangan pelepasan yang perlu dicapai melalui kerja-kerja naik taraf ke atas bangunan mereka, tertakluk kepada had tertentu.

Projek binaan yang mencapai piawaian prestasi tenaga yang lebih tinggi seperti 'Tenaga Amat Rendah' dan 'Sifar Tenaga' juga bole mendapat lebih banyak sokongan dana.

BACA: BCA lancarkan program baru dan penilaian bagi 'Super Low Energy' untuk bangunan komersil

Berucap di Parlimen pada Selasa (8 Mac), Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee menarik perhatian bahawa lebih separuh bangunan di Singapura yang berusia 20 tahun dan ke atas belum pernah diubah suai. Prestasi tenaga bangunan berkenaan juga "jauh ketinggalan di belakang" berbanding bangunan baru.

Geran itu bertujuan untuk membantu para pemilik bangunan memandangkan kerja naik taraf menelan kos pendahuluan yang tinggi dan pelaburan mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk dipulihkan, kata Encik Lee.

SKIM AKAN DILANCARKAN MULAI SUKU KEDUA 2022

Untuk meningkatkan kecekapan tenaga, pemilik bangunan akan mempunyai kelonggaran untuk memilih strategi reka bentuk dan teknologi - berdasarkan senarai kerja-kerja yang diluluskan - termasuk pengubahsuaian pada sistem penyejukan serta memasang sistem automasi dan sensor.

Skim itu, disediakan mulai suku kedua tahun ini, boleh dimanfaatkan oleh bangunan komersil, kediaman atau industri kurang intensif modal dengan keluasan lantai kasar (GFA) melebihi 5,000 meter persegi.

MENINGKATKAN DAYA PENGHASILAN

Secara berasingan, Menteri Negara Pembangunan Negara, Tan Kiat How berkata sektor pengurusan kemudahan harus berubah, terutama sekali di tengah-tengah "tekanan bangunan yang semakin usang dan kos tenaga kerja yang kian meningkat".

Untuk itu, BCA komited untuk menyumbangkan S$30 juta bagi geran Pengurusan Kemudahan Bersepadu (IFM) dan Pengurusan Kemudahan Gabungan (AFM). Firma- firma boleh mula memohon untuk geran tersebut pada suku ketiga tahun ini.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan