Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim Healthier SG dilaksanakan tahun depan; doktor jagaan asas seru lebih banyak dana pembiayaan

Para doktor jagaan asas menyeru supaya lebih banyak dana pembiayaan disediakan selain daripada perkongsian lebih kukuh merentasi sistem jagaan kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2022 09:41PM Dikemas Kini : 23 Apr 2022 09:45PM

SINGAPURA: Para doktor jagaan asas menyeru supaya lebih banyak dana pembiayaan disediakan selain daripada perkongsian lebih kukuh merentasi sistem jagaan kesihatan.

Seruan itu dibuat menjelang pelaksanaan skim baru Healthier SG tahun depan.

Menerusi skim itu, para penduduk mendaftar dengan seorang doktor keluarga (GP) yang menjadi barisan pertama menjaga kesihatan mereka sepanjang hayat.

Menerusi skim Healthier SG, penduduk Singapura diharap mempunyai pelan jagaan kesihatan yang lebih khusus di mana anak kunci utamanya adalah pencegahan dan bukan hanya merawat apabila sakit.

Para doktor mengalu-alukan langkah menjaga pesakit jauh lebih awal seperti itu kerana ini dapat memberi kesinambungan dalam penjagaan seseorang pesakit.

Bagaimanapun ini juga bermakna suatu rombakan perlu dilakukan di pihak GP kerana lebih banyak pengurusan dan janji temu susulan dengan pesakit diperlukan.

Lantaran itulah para doktor berkata mereka memerlukan lebih banyak sokongan untuk melaksanakannya.

Doktor Jagaan Asas di Klinik Silver Cross Family berkata ia antara lain memerlukan sokongan kemudahan dan pembiayaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan latihan possiswazah dalam perubatan keluarga bagi membina tenaga kerja dalam jagaan asas.

MOH akan memberi lebih banyak perincian mengenai Healthier SG dalam satu Kertas Putih yang akan dibentang dan dibahaskan di Parlimen nanti.

Sumber : CNA/DY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan