Skim hartanah nisbah 99:1: IRAS jalankan audit berkala untuk dedah aturan 'rekaan atau palsu'
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Langkah melakukan audit terhadap aturan pembelian hartanah – biasanya dikenali sebagai skim nisbah 99:1 – adalah sebahagian daripada pemeriksaan biasa oleh penguasa cukai Singapura untuk membongkar rancangan "direka-reka atau palsu" yang digunakan pembeli rumah untuk mengelak daripada membayar cukai atau cukai setem.
Siasatan yang sedang dijalankan, yang meneliti aturan di mana pemilikan hartanah dibahagikan dalam nisbah 99:1, juga meliputi kes di mana pemilik kedua mempunyai bahagian lebih daripada 1 peratus, menurut Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) pada Khamis (6 Apr).
IRAS dilaporkan sudah mula menyiasat kes pembelian hartanah dalam bentuk 99:1 yang bertujuan mengelak daripada dikenakan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD).
Dalam kenyataanya pada Khamis, IRAS menyatakan ia akan "meneliti fakta dan keadaan di sebalik aturan tersebut".
Jika IRAS mendapati bahawa berlaku insiden elak daripada membayar cukai, ia akan mendapatkan semula jumlah cukai setem dan mengenakan surcaj 50 peratus ke atas cukait tambahan yang perlu dibayar.
Jika cukai setem dan surcaj tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, ia juga akan kenakan denda sebanyak empat kali ganda jumlah yang perlu dibayar.
IRAS menambah bahawa jangka masa tidak diambil kira dan audit boleh dijalankan ke atas mana-mana kes atau pembelian yang sudah berlaku.
BUKAN SEMUA PEMBELIAN 99:1 SATU PENIPUAN: PAKAR
Profesor Kelvin Low dari Fakulti Undang-undang Universiti Nasional Singapura berkata walaupun "tidak semua pembelian 99:1 adalah satu penipuan", kes-kes yang sedang disiasat IRAS menimbulkan keprihatinan.
"Berdasarkan catatan blog dan video YouTube, nampaknya struktur pegangan 99:1 pada mulanya bertujuan bagi pembelian pertama rumah privet bagi pasangan," katanya.
Bagaimanapun, bagi kes di bawah siasatan IRAS, ia "struktur pegangan 99:1 dari awal lagi, menjadikan pembelian pemilikan 100 peratus satu penipuan" untuk mengelak daripada membayar ABSD, kata Prof Low.
TINDAKAN YANG MUNGKIN DIAMBIL TERHADAP PEMILIK HARTANAH
Pengarah urusan Sabara Law, Cik Joanna Yap, berkata bahawa tidak seperti perbuatan mengelak membayar cukai, tindakan mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar bukan satu jenayah.
LANGKAH SELANJUTNYA
Cik Yap berkata pilihan bagi mereka yang sudah terlibat dalam skim 99:1 adalah "sangat terhad" - mereka yang diaudit perlu menyelesaikannya dengan IRAS, manakala mereka yang belum dipilih harus mempertimbangkan untuk mendedahkannya secara sukarela.
"Mereka yang boleh menunjukkan bahawa terdapat alasan komersil yang benar dan tujuan utama menyertai skim itu bukan untuk mengelak atau mengurangkan ABSD harus bersedia untuk mempertahankan kedudukan mereka kepada IRAS," katanya.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.