Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim gaji tebus balik bagi penjawat politik digunakan hanya sekali sejak 1989, kata Teo Chee Hean

Satu skim yang menaikkan gaji para penyandang jawatan politik, bagi menebus balik perbezaan gaji antara semasa memegang jawatan lalu dengan gaji sebagai penyandang jawatan politik, hanya dilaksanakan sekali sahaja dalam tempoh lebih tiga dekad.

Anggaran Waktu Membaca:
Skim gaji tebus balik bagi penjawat politik digunakan hanya sekali sejak 1989, kata Teo Chee Hean

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 06 Jul 2021 02:59PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 03:00PM

SINGAPURA: Satu skim yang menaikkan gaji para penyandang jawatan politik, bagi menebus balik perbezaan gaji antara semasa memegang jawatan lalu dengan gaji sebagai penyandang jawatan politik, hanya dilaksanakan sekali sahaja dalam tempoh lebih tiga dekad.

Menjawab soalan Anggota Parlimen Cik He Ting Ru (WP - Sengkang) hari ini(6 Jul), Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata bahawa individu itu diletakkan di bawah skim tersebut selama dua tahun. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapakah individu berkenaan.

Beliau juga tidak mendedahkan kuantum gaji yang ditebus balik - yang turut ditanya oleh Cik He.

Buat masa ini, tiada penjawat politik yang berada di bawah skim tersebut.

Encik Teo berkata "beberapa" calon dibawa masuk ke dalam pemerintah tanpa menggunakan mekanisme gaji yang ditebus balik, dengan sebilangan daripada mereka mengalami perbezaan "ketara" dari segi pendapatan.

Diperkenalkan pada 1989, skim itu membantu meringankan gangguan kewangan dan menanggung komitmen-komitmen sedia ada yang mungkin dipikul oleh para calon semasa melakukan peralihan, kata Encik Teo.

"Menjangkaui semangat bagi perkhidmatan awam, pasukan penjawat politik kami perlu mempunyai latar belakang kemahiran dan keupayaan kepimpinan serta kebolehan yang cukup rencam.

"Khususnya, kita perlukan menteri, menteri negara dan setiausaha-setiausaha parlimen dengan pengalaman sektor swasta," katanya.

"Daripada sektor swasta, kami mahu membawa masuk bukan sahaja individu yang sudah mengecapi kemajuan dalam kerjaya dan mempunyai kestabilan kewangan tetapi juga golongan muda yang baru memulakan kerjaya dan menghampiri atau berada di puncak kerjaya dan yang mungkin komitmen kewangan."

Para calon itu mungkin memerlukan masa selams beberapa tahun untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebelum mereka dipertimbangkan bagi pelantikan-pelantikan jawatan kanan dalam politik, katanya.

Sekalipun demikian, Encik Teo berkata terdapat individu-individu yang bersedia untuk memasuki parlimen dan menerima gaji lebih rendah dalam pelantikan bagi jawatan politik walaupun mereka diberi tempoh peralihan selama dua tahun untuk menguruskan komitmen-komitmen sendiri.

"RAGAM POLITIK"

Dalam soalan susulan, Cik He meminta jumlah calon atau calon berpotensi yang menolak pekerjaan itu disebabkan gaji yang diberikan.

"Apabila seseorang dipertimbangkan bagi pencalonan dan kemungkinan juga bagi jawatan politik, tiada jaminan... dan ada pasang surut dalam politik," kata Encik Teo.

"Gaji bukanlah sesuatu yang akan mereka beritahu anda secara terang-terangan, namun ia pastinya salah satu yang dipertimbangkan bagi seseorang yang mempunyai komitmen-komitmen dan sebuah keluarga muda serta kerjaya yang menjanjikan di hadapan mereka."

"Untuk menyertai politik, menerima ragamnya dan melepaskan semua itu adalah pengorbanan yang besar, jadi kami mahu mengurangkannya dan membantu mereka melakukan peralihan," kata Encik Teo.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan