Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim DSA catat rekod baru, 38,000 permohonan dibuat 14,500 pemohon

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jul 2023 05:23PM Dikemas Kini : 15 Jul 2023 09:09PM
SINGAPURA: Jumlah permohonan bagi skim Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA) mencatat rekod baru tahun ini.

Sebanyak 38,000 permohonan DSA ke sekolah menengah dicatat, daripada 14,500 pemohon.

Ia merupakan jumlah tertinggi sejak skim itu diperkenalkan hampir dua dekad lalu.

Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan, ini kerana adanya pilihan lebih luas dalam bidang sukan, seni dan akademik yang baharu, untuk para pemohon mendapatkan tempat sebelum menduduki PSLE.

Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan jumlah permohonan DSA melonjak.

Antaranya, kesedaran lebih tinggi di kalangan ibu bapa, serta urusan permohonan lebih mudah secara online.

Sekolah-sekolah juga boleh menerima sehingga 20 peratus kohort menengah satu menerusi skim DSA.

Daripada permohonan yang diterima, sukan kekal paling popular, disusuli bidang akademik seperti sains dan matematik.

Bakinya adalah dalam bidang kesenian, pasukan seragam dan kepimpinan.

Contohnya, Naureen Falisha diterima masuk ke Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim tahun lalu disebabkan pelibatannya dalam masyarakat serta bakat kepimpinan.

Kini, Naureen terlibat dengan CCA Pandu Puteri, di mana dia berharap dapat menggilap bakat sebagai pemimpin.

Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim mula menawarkan DSA bagi bidang kepimpinan tahun lalu.

Untuk tahun ini, ia menerima 24 permohohan DSA bagi kepimpinan belia masyarakat.

"Sekarang ini, jika jumlah permohonan semakin meningkat, dari sudut pentadbiran, agak lebih rumit kerana kami perlu melakukan segalanya. Kami perlu lebih terperinci dan melihat sama ada perlu lebih ketat atau tidak, menyemaknya semula," Geraldine Chew, guru di Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim.

"Dan dari situ, semasa proses temu duga, beberapa pertanyaan yang kami ajukan juga mungkin perlu diubah," tambah Cik Chew.

Para pemohon yang tersenarai bagi DSA untuk kohort tahun ini akan menerima tawaran dari sekolah pilihan mereka mulai 11 September.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan