Skip to main content

Singapura

Skim curi maklumat sasarkan pelanggan POSB: DBS

Bank DBS mengeluarkan amaran semalam (3 Mei) mengenai skim pencurian maklumat yang menyasarkan pelanggan Bank POSB, menggunakan laman palsu yang meniru halaman masuk Perbankan Internet POSB.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 May 2018 04:13PM Dikemas Kini : 05 May 2018 01:21AM

SINGAPURA: Bank DBS mengeluarkan amaran semalam (3 Mei) mengenai skim pencurian maklumat yang menyasarkan pelanggan Bank POSB. Skim itu menggunakan laman palsu yang meniru halaman masuk Perbankan Internet POSB.

"Laman 'phishing' tersebut direka untuk mencuri maklumat pelanggan, kata kunci, PIN dan OTP untuk melakukan urus niaga tanpa izin," menurut bank tersebut dalam satu amaran keselamatan di lamannya.

DBS yang memiliki POSB, menyatakan bahawa jika pelanggan menekan pautan dalam emel terebut, mereka akan dibawa ke laman bukan milik POSB seperti:

hxxps[:]//gronvangenx.gq/secure/banking.dbs.com.sg-IB/posb/index[.]html

hxxp://merkez.cf/secure/update/verification/posb/

hxxps://virutallin[.]gq/secure/update/verification/posb/index[.]html

Bagi melindungi pelanggan daripada terpedaya oleh penipuan tersebut, DBS menasihati mereka untuk sentiasa menaip URL DBS atau POSB langsung di ruang alamat yang disediakan di browser dan tidak membalas emel-emel yang tidak boleh tidak boleh dipercayai.

Pada laman rasmi DBS atau POSB, terdapat ikon "mangga" di ruang alamat browser dan apabila ia dipicit, terdapat window yang mengesahkan bahawa VeriSign sudah mengenal pasti sijil yang diberikan kepada DBS.

Para pelanggan turut digesa untuk menggunakan pelayar (browser) Internet terkini, yang menawarkan ciri keselamatan canggih seperti 'antiphishinig' dan mengenal pasti laman tiruan.

Jika terdapat urus niaga yang tidak disahkan menerusi akaun mereka, mereka harus segera menghubungi bank di talian 1800 111 1111 bagi perbankan peribadi atau 1800 222 2200 bagi perbankan perniagaan, menurut DBS.

Ini merupakan amaran keselamatan ketujuh yang dikeluarkan DBS sejak permulaan tahun ini.  

Sumber : CNA/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita