Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim beri ganjaran kepada penumpang MRT diperluas ke lagi 5 khidmat bas

Anggaran Waktu Membaca:
Skim beri ganjaran kepada penumpang MRT diperluas ke lagi 5 khidmat bas

Bas dan kereta api SMRT. (Gambar: TODAY)

SINGAPURA: Satu skim yang memberi ganjaran kepada para penumpang MRT di Laluan Timur Laut akan disambung semula, iaitu ganjaran diberi jika penumpang menggunakan bas pada sebelah pagi hari-hari biasa.

Inisiatif 'Travel Smart Journeys' itu akan disambung semula pada Isnin ini (20 Mac).

Ia digantung pada 9 Julai lalu sementara semakan dilakukan.

Skim itu kini akan diperluas ke lagi lima khidmat bas yang di Punggol, Sengkang, Buangkok dan Hougang.

Selain khidmat bas 43e, khidmat bas langsung ke bandar yang akan disertakan ke dalam skim itu ialah 654, 660, 666, 671 dan 672.

Para penumpang MRT yang beralih kepada khidmat bas-bas tersebut akan menerima 150 mata bagi setiap perjalanan.

Mata yang dikumpul pula boleh digunakan untuk mengurangkan separuh daripada tambang bas mereka.

Skim itu bertujuan mengagihkan semula permintaan pada waktu sibuk agar rangkaian khidmat pengangkutan dapat digunakan dengan lebih cekap, selain menyediakan pengalaman perjalanan lebih selesa bagi para penumpang.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan