Skim Beli Balik Pajakan mungkin pilihan lebih baik bagi warga emas: Pakar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Skim Beli Balik Pajakan yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kekal relevan sekalipun dalam pasaran jualan semula yang rancak, di mana harga-harga flat terus meningkat, kata para pakar.
Skim itu khususnya menawarkan "fleksibiliti" kepada mereka yang mahu meniti usia senja di rumah sendiri tetapi memerlukan dana tambahan bagi perbelanjaan selepas bersara, tambah mereka.
Dilancarkan pada 2009, skim tersebut membolehkan mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas, menjual sebahagian baki pajakan flat kepada HDB.
Mereka yang layak boleh memilih untuk mengekalkan tempoh pajakan antara 15 dengan 35 tahun, berdasarkan usia dan keperluan pemohon, selagi baki pajakan meliputi pemilik paling muda flat sehingga beliau berusia 95 tahun.
Hasil penjualan akan digunakan untuk menokok akaun persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan membeli pelan CPF Life, yang menyediakan pembayaran bulanan.
Sebarang lebihan selepas tokokan akaun persaraan akan dipulangkan kepada pemilik rumah dalam bentuk wang tunai.
Setakat 30 Jun, 12,656 isi rumah sudah menjual sebahagian baki pajakan flat masing-masing kepada HDB, dengan 90 peratus menerima antara S$100,000 dengan S$300,000.
Para penganalisis yang ditemu bual Mediacorp berkata skim itu dilakar untuk memenuhi keperluan kumpulan pemilik flat tertentu, iaitu mereka yang mahu terus tinggal di rumah dan bukan rumah tumpangan warga emas dan sebagainya.
"Ini berbalik kepada pemahaman seseorang mengenai flat HDB - adakah ia satu perlaburan atau ia rumah yang saya harap dapat terus didiami sehingga saya meninggal dunia?" menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Dasar (IPS) Christopher Gee.
"Jika kita lebih memikirkan tentang pilihan kedua, soal sama ada saya perlu menjual (rumah) kerana nilai taksirannya sekarang tinggi tidak akan timbul. Kerana jika anda menjualnya, anda tidak lagi akan dapat tinggal di rumah tersebut."
Lebih penting lagi, ia membolehkan para pemilik rumah "memutuskan berapa banyak kecairan" yang mereka mahu kumpulkan dengan aset yang dimiliki.
"Ia menawarkan dana tambahan persaraan dan lebih daripada itu - satu skim yang boleh disesuaikan bagi setiap individu dan pada masa yang sama, membolehkan mereka tinggal di rumah yang dipilih," kata Encik Gee.
Pakar-pakar lain juga berkata skim tersebut masih berguna kepada kumpulan sasarannya.
Sebagai contoh, proses mencari rumah yang lain mungkin terlalu memberi tekanan bagi sesetengah warga emas, yang sebelum ini perlu berdepan dengan rasa tidak selesa berpindah daripada persekitaran biasa bagi mereka, kata Profesor Sing Tien Foo dari Universiti Nasional Singapura.
Di samping itu, skim berkenaan membolehkan para pemilik flat "tidak dibelenggu soal naik turun harga perumahan" dan bertindak sebagai satu perlindungan daripada risiko tempoh pajakan yang semakin hampir ke tarikh luput, tambah dekan hartanah di sekolah perniagaan NUS.
Risiko pajakan yang semakin hampir ke tarikh luput merujuk kepada bagaimana nilai sebuah flat HDB mungkin semakin turun apabila usianya hampir mencecah 99 tahun, dengan susut nilainya semakin pantas pada hujung tempoh pajakan.
Namun Skim Beli Balik Pajakan mengira hasil penjualan berdasarkan "penyusutan mengikut garisan lurus", kata Profesor Madya Nicholas Sim dari Universiti Sains Kemasyarakatan Sains Sosial.
"Hakikat bahawa penyusutan garisan lurus digunakan apabila menentukan bayaran tunai adalah satu bentuk sokongan pemerintah untuk membantu warga emas," tambahnya.
Manfaat lain skim itu termasuk menawarkan mereka yang tinggal dalam flat lebih lama atau kecil, peluang untuk meraih kewangan daripada flat masing-masing.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.