Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim baru S$8 juta tarik lulusan politeknik kerja dalam sektor kewangan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Apr 2023 05:49PM Dikemas Kini : 24 Apr 2023 08:53PM
SINGAPURA: Para penuntut politeknik kini mempunyai peluang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor kewangan.

Satu geran S$8 juta dilancarkan untuk tujuan tersebut.

Bagi graduan diploma dalam industri berkenaan, mereka meraih peluang mengejar kelayakan lebih tinggi.

Dalam satu tinjauan yang dijalankan politeknik-politeknik tempatan dua tahun lalu, hanya tiga peratus lulusan politeknik yang menyertai sektor kewangan sebagai pekerja tetap.

Satu geran baru kini dilancarkan bagi mengubah keadaan tersebut.

Skim Kewangan bagi Bakat Politeknik Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan membiayai bersama kos latihan amali, bantuan gaji bagi perantis dan tajaan bagi program posdiploma dan ijazah.

Ini menyusuli perkembangan pesat sektor kewangan yang terus melabur dengan banyak dalam bidang teknologi kewangan dan hijau.

Pemerintah percaya lulusan politeknik berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang berkenaan.

Beberapa majikan juga sudah menyuarakan hasrat untuk memanfaatkan skim tersebut dan sudah mula membuat permohonan bagi geran tersebut.

Sektor kewangan menyasarkan untuk menambah lagi 20,000 pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang bagi meningkatkan sasaran ekonomi Singapura.
 
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan