Skim baru bantu 60,000 keluarga bergaji rendah dapat akses Internet, peranti digital
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Engineering Good)
SINGAPURA: Seramai 60,000 keluarga warga Singapura yang berpendapatan rendah akan menerima bantuan alat komputer riba atau tablet dan khidmat jalur lebar bersubsidi di bawah satu skim baru.
Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo di Parlimen pada Selasa (28 Feb).
Sekitar S$80 juta diperuntukkan untuk membiayai skim DigitalAccess@Home sepanjang empat tahun akan datang, yang akan menggantikan skim NEU PC Plus dan Home Access. Lebih 46,000 isi rumah sudah meraih manfaat daripada kedua-dua skim tersebut sejak 2020.
Cik Teo berkata 92 peratus isi rumah di Singapura kini mempunyai akses kepada sebuah komputer, manakala, 99 peratus mempunyai khidmat jalur lebar.
Beliau menjelaskan bahawa isi rumah berpendapatan rendah kekal menjadi golongan yang menjadi keprihatinan pemerintah.
"Bagi kebanyakan isi rumah, ketersambungan digital sudah menjadi satu keperluan seperti bekalan air dan elektrik. Namun, bagi sesetengah mereka, ia masih dianggap sesuatu yang mahal," jelas Cik Teo.
DigitalAccess@Home akan berkuat kuasa dari 3 April. Berbanding dengan skim yang sedia ada, proses permohonannya lebih mudah dan pemohon diberi fleksibiliti dalam memilih peranti dan khidmat jalur lebar, kata Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).
Skim tersebut dibuka hanya kepada mereka yang tinggal di flat Lembaga Perumahan, dengan sekurang-kurangnya satu anggota isi rumah tersebut adalah warga Singapura.
Keluarga pemohon juga mesti mempunyai pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih S$1,900, atau pendapatan per kapita bulanan S$650 atau kurang.
Jika terdapat seorang murid sekolah rendah atau seseorang yang kurang upaya di dalam keluarga tersebut, had pendapatan kasar dinaikkan kepada S$3,400 manakala pendapatan per kapita bulanan dinaikkan kepada S$900.
Isi rumah yang layak boleh memilih daripada tiga pakej - hanya khidmat jalur lebar, hanya peranti atau kedua-dua khidmat jalur lebar dan peranti - yang mana paling sesuai memenuhi keperluan mereka. Malah, mereka juga boleh memilih daripada pelbagai kelajuan jalur lebar dan model tablet atau komputer riba.
Mereka yang tinggal di flat satu bilik hingga tiga bilik dijangka membayar S$10 sebulan bagi langganan khidmat jalur lebar, sementara mereka yang tinggal di flat lebih besar akan membayar S$15 sebulan. Isi rumah boleh menggandakan kelajuan khidmat jalur lebar daripada 500 Mbps kepada 1 Gbps dengan membayar tambahan S$5 sebulan.
Penerima skim bantuan pemerintah sedia ada, seperti Skim Sewa Awam dan Bantuan ComCare, akan membayar S$5 sebulan bagi langganan khidmat jalur lebar pada kelajuan 500 Mbps.
Isi rumah dengan pelajar di bawah Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan mungkin turut menerima tahap tertinggi subsidi bergantung kepada pendapatan isi rumah tersebut, tambah MCI.
Sebuah tablet dikenakan harga S$75 hingga S$250 manakala sebuah komputer riba berharga S$220 hingga S$710 bergantung kepada model yang dipilih dan jenis flat di mana isi rumah itu tinggal.
Bagi menyelaraskan proses permohonan, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sedang bekerja rapat dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga untuk merujuk penerima bantuan ComCare kepada DigitalAccess@Home secara langsung, sebaik saja mereka menghantar pemohonan bagi ComCare.
Pemohon lain boleh menghantar permohonan secara online atau dengan salinan cetak, dan mengunjungi mana-mana hab masyarakat SG Digital dan empat kumpulan bantu diri bagi mendapatkan bantuan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.