Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim bantuan Dana Ketabahan ditutup susuli pelonggaran langkah kawalan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 May 2022 02:02PM Dikemas Kini : 24 May 2022 10:45PM

SINGAPURA: Semua skim bantuan COVID-19 di bawah Dana Ketabahan (TCF) akan ditutup mulai Selasa (24 Mei). 

Demikian menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) hari ini (24 Mei). 

Langkah itu menyusuli  Keadaan Sistem Respons Wabak Penyakit (DORSCON) yang diturunkan serta pelonggaran langkah kawalan masyarakat dan sempadan, menurut MSF dan NCSS. 

TCF itu ditubuhkan pada 2003 buat pertama kali untuk menyokong mangsa sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan pekerja jagaan kesihatan. Pada 2020, dana itu digunakan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang terjejas akibat COVID-19.  

Penerima pertama dana itu sewaktu pandemik COVID-19 adalah pegawai Certis yang dijangkiti virus tersebut semasa bertugas. Beliau sedang menjalani kuarantin sebelum diuji positif COVID-19. 

Setakat 12 Mei, hampir 30,000 yang memerlukan bantuan semasa pandemik memanfaatkan dana TCF itu dan menerima sebanyak S$9.9 juta, menurut MSF dan NCSS. Ini termasuk pekerja jagaan kesihatan, pekerja barisan hadapan dan keluarga-keluarga berpendapatan rendah yang langsung terjejas akibat COVID-19. 

Meskipun skim-skim bantuan itu sudah ditutup, individu-individu yang disahkan positif COVID-19 sehingga 23 Mei masih boleh membuat permohonan. 

Setakat 30 April, dana TCF memungut sekitar S$18.5 juta sumbangan bagi COVID-19 daripada anggota masyarakat. 

Baki dana setelah diagihkan akan disimpan bagi penyakit-penyakit berjangkit yang tersebar luas pada masa akan datang, menurut MSF dan NCSS. 

"Individu-individu yang tidak layak menerima skim bantuan TCF dan memerlukan bantuan kewangan boleh membuat permohonan untuk Geran Pemulihan COVID-19 (CRG) jika mereka dipecat, dipaksa mengambil cuti tanpa gaji atau mengalami kerugian pendapatan yang ketara, ataupun bantuan ComCare jika memerlukan bantuan dengan pembiayaan kos sara hidup asas," menurut MSF dan NCSS. 

"Individu-individu yang tidak layak untuk menerima CRG atau ComCare, tetapi mengalami kesempitan kewangan juga boleh menghampiri Pejabat-Pejabat Khidmat Sosial (SSO) untuk bantuan. SSO akan menilai keadaan anda dan menghulurkan bantuan jika perlu." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan