Skim baharu pendidikan awal kanak-kanak mahu iktiraf ibu bapa main peranan aktif di prasekolah
SINGAPURA: Satu inisiatif baharu di peringkat seluruh negara untuk sektor Pendidikan Awal Kanak-Kanak, ingin memupuk sikap saling hormat antara ibu bapa dengan para pendidik prasekolah, dengan memberikan ganjaran bagi amalan baik budi.
Di bawah skim tersebut, ibu bapa akan diiktiraf kerana memainkan peranan aktif dalam perjalanan prasekolah anak-anak mereka.
Diumumkan semasa acara berjalan kaki tahunan yang disertai pihak keluarga serta pendidik, prasekolah tempatan kini boleh mencalonkan ibu bapa yang mempamerkan nilai-nilai penting seperti amanah, rasa hormat dan empati.
Ibu bapa yang dicalonkan dapat berkongsi kisah mereka semasa persidangan Pendidikan Awal Kanak-kanak pada bulan September.
Inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama antara Gerakan Baik Budi Singapura (SKM) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).
Menurut ECDA, ia merupakan hanya satu langkah bagi mencapai visi jangka panjang untuk mewujudkan persekitaran yang selamat serta menyokong semua rakan kongsinya.
Ketua Pegawai Eksekutif ECDA, Ku Geok Boon berkata: "Inisiatif ini adalah antara usaha berterusan kami untuk menggalakkan kerjasama lebih erat antara ibu bapa dan prasekolah, agar fokus kami tertumpu sepenuhnya kepada kanak-kanak serta bagaimana mewujudkan sekitaran yang lebih dapat memupuk perkembangan menyeluruh anak-anak kita."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.