Skim baharu kekalkan jururawat jadi "sebab kekal bekerja", namun bayaran tidak cukup: jururawat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock/xavierarnau)
SINGAPURA: Jururawat warga Filipina, Benj, yang mula bekerja di sebuah hospital awam di Singapura tahun lalu, berhasrat untuk ke Australia atau Amerika Syarikat satu hari nanti bagi tujuan bekerja.
Namun, pengumuman skim baharu mengekalkan jururawat yang akan menyaksikan jururawat di Singapura menerima sehingga S$100,000 jika mereka berkhidmat lebih dari 20 tahun memberi beliau "sebab untuk kekal di sini", katanya kepada Mediacorp.
Inisiatif tersebut, yang dikenali sebagai Anugerah bagi Rahmat, Kecemerlangan dan Kesetiaan Jururawat (ANGEL) diumumkan pada Selasa (20 Feb) oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung. Kira-kira 29,000 jururawat dalam sistem jagaan kesihatan awam akan disertakan dalam skim tersebut.

Benj menambah bahawa beliau "dapat rasa sokongan dan penghargaan" daripada pemerintah Singapura melalui inisiatif tersebut.
PENGIKTIRAFAN ATAS KERJA KERAS
Termasuk Benj, kesemua lima jururawat yang diwawancara Mediacorp secara amnya mengalu-alukan skim tersebut sebagai pengiktirafan terhadap kerja keras mereka dan tempoh bekerja yang lama untuk menjaga pesakit.
Cik Emily Yap, seorang jururawat di bahagian geriatrik di Hospital Alexandra, berharap skim tersebut akan menggalakkan rakan sekerjanya untuk melanjutkan kerjaya mereka.
Cik Yap menambah ia adalah waktu yang tepat untuk melancarkan skim sedemikian, kerana Singapura dijangka mencapai status "sangat berusia" menjelang 2026, dan memerlukan lebih ramai pekerja jagaan kesihatan untuk berkhidmat kepada penduduk yang menua.
Sebuah negara disifatkan sebagai "sangat berusia" apabila jumlah penduduknya berusia 65 tahun dan ke atas mencapai 21 peratus.
Perlunya lebih ramai jururawat di Singapura juga meningkat disebabkan keadaan kesihatan yang semakin rumit, kata Profesor Madya Elaine Siow dari Institut Teknologi Singapura (SIT).
Skim ANGEL akan memastikan tenaga kerja jururawat stabil, kerana mereka akan memikirkan tentang kerjayanya sekiranya mereka ingin pekerjaan tersebut, tambah Profesor Madya Siow.
Gaji bagi jururawat juga dinaikkan sebelum ini, namun langkah itu bertujuan sebagai ganjaran kepada prestasi yang baik. Manakala skim baharu itu bertujuan untuk mengekalkan tenaga kerja, kata Profesor Madya Siow, yang juga ketua program ijazah sarjana muda dan sarjana kejururawatan SIT.
ADA "KEKURANGAN" PADA BEBERAPA ASPEK SKIM
Sekalipun demikian, jururawat hospital awam, Sarah, dan beberapa jururawat lain yang ditemui Mediacorp menarik perhatian bahawa mereka harus menunggu empat hingga enam tahun bagi setiap bayaran, dan insentif tersebut tidak termasuk mereka yang di dalam sektor jagaan kesihatan privet.
Sarah, yang sudah berkhidmat sebagai seorang jururawat selama 10 tahun, mengaku bahawa skim itu bertindak sebagai "penggalakan tambahan" selain manfaat sedia ada.
Namun, bayaran S$20,000 sepanjang empat tahun bermaksud S$5,000 setahun, atau hanya S$417 sebulan.
Jumlah tersebut "bersamaan" dengan jumlah yang diterima jururawat sementara bagi satu syif, tambahnya.
"Saya rasa inilah sebab utama jururawat mengemukakan isu ini, mereka tidak menganggapnya sebagai jumlah yang banyak," kata Sarah, sambil merujuk kepada komen jururawat lain di media sosial.
Jururawat lain juga memberitahu Mediacorp bahawa lebih banyak perkara harus dilakukan selain insentif untuk mengekalkan tenaga kerja.
"Selain pampasan, jururawat memerlukan waktu rehat yang cukup, persekitaran pekerjaan yang selamat, perlindungan daripada penganiayaan pekerja jagaan kesihatan, dan peluang bagi promosi dan peningkatan dalam kerjaya oleh pertubuhan kesihatan," kata jururawat Hospital Alexandra Cik Yap.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.