SkillsFuture perkenal anugerah baharu bagi iktiraf penuntut dewasa di politeknik, ITE
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah anugerah baharu akan diperkenalkan tahun depan untuk mengiktiraf penuntut dewasa di politeknik-politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal.
Setiap institusi akan memberi anugerah itu kepada tiga lulusan cemerlang yang meneruskan pengajian.
Ini antara pengiktirafan di bawah gerakan SkillsFuture untuk menggalak budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Tahun ini, seramai 26 majikan menerima anugerah atas usaha mereka memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat di tempat kerja di dalam Majlis Anugerah SkillsFuture Fellowship dan Majikan SkillsFuture.
Antara mereka ialah DBS Bank Ltd dan Singapore Airlines yang diberi penghargaan khas atas komitmen berterusan terhadap pembangunan tenaga kerja serta kepimpinan dalam memajukan gerakan nasional SkillsFuture dalam masyarakat dan industri.
Seramai 16 individu turut diiktiraf di majlis tersebut atas dedikasi dan komitmen mereka terhadap peningkatan kemahiran dan pembangunan tenaga kerja.
PEGAWAI SUMBER MANUSIA DAPAT PENGIKTIRAFAN, GALAK PENINGKATAN KEMAHIRAN
Antara mereka ialah Encik Khairilanwar Baharudin, seorang karyawan dalam bahagian sumber manusia yang aktif memperjuangkan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan bakat dalam industri.
Encik Khairilanwar, yang memiliki tiga pensijilan profesional dan lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang sumber manusia, telah dicalonkan oleh Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP) bagi anugerah tersebut.
"Bila saya dapat tahu tentang pencalonan ini, saya sungguh terharu kerana ini satu pencalonan daripada industri," kata Encik Khairilanwar.
"Ini adalah satu pengiktirafan yang besar bukan untuk saya saja tetapi untuk komuniti sumber manusia. Saya rasa ini adalah satu peluang untuk saya memain peranan yang lebih besar bagi industri sumber manusia dan juga karyawan-karyawan seperjuangan saya," tambahnya lagi.
Antara usaha utama beliau termasuk menganjurkan inisiatif akar umbi yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran untuk golongan belia serta profesional sumber manusia bagi memastikan kepimpinan yang inklusif dan pelbagai.
Selain itu, beliau turut mengendalikan sesi pembelajaran sebagai Ketua Rangkaian Karyawan bagi Sumber Manusia MENDAKI.
"Saya berhasrat untuk memanfaatkan peluang ini untuk memperkasa lebih banyak lagi karyawan di industri sumber manusia. Antara satu yang saya dapat fikirkan melalui peranan saya sebagai ketua rangkaian profesional Yayasan MENDAKI dan juga sebagai profesor kanan di Institut Karyawan Sumber Manusia Singapura," kata beliau.
"Dengan peranan ini dalam komuniti, saya dapat mendekati lebih banyak lagi karyawan-karyawan daripada industri yang sama dan lain dan dapat menolong mereka daripada segi memberi bimbingan dan sebagainya," tambahnya lagi.
PENINGKATAN KEMAHIRAN JADIKAN TENAGA KERJA SG BERDAYA SAING
Melihat kepada perubahan landskap pekerjaan masa depan, Encik Khairilanwar menekankan kepentingan pembelajaran berterusan agar tenaga kerja Singapura kekal berdaya saing.
"Dengan keperluan tenaga masa depan yang lebih digital dan dengan kemahiran-kemahiran baharu seperti AI, saya rasa pembelajaran sepanjang hayat sangat penting untuk kita menjadi relevan di dalam perjalanan pekerjaan kita. Jadi kita harus kekal relevan," kata beliau.
Sebagai seorang penyokong pembelajaran berterusan, Encik Khairilanwar turut merancang untuk melanjutkan Pengajian Possiswazah dalam bidang Undang-Undang sambil meningkatkan pensijilan profesionalnya bersama Institut Karyawan Sumber Manusia bagi memperkukuh kepakarannya.
Acara yang berlangsung di Taman di Persisiran pada Jumaat (7 Nov), merupakan acara penutup sambutan ulang tahun ke-10 gerakan SkillsFuture.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.