Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SkillsFuture akan bantu rakyat SG rebut peluang baharu di tengah jangka hayat makin panjang: PM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SkillsFuture akan bantu rakyat SG rebut peluang baharu di tengah jangka hayat makin panjang: PM Wong

(Gambar: Petikan skrin YouTube/Lawrence Wong)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata pemerintah komited untuk membantu rakyat tempatan meningkatkan kemahiran mereka di tengah-tengah jangka hayat penduduk yang semakin panjang dan perubahan sikap terhadap pekerjaan.

Dalam satu rakaman video YouTube pada Selasa (12 Nov), PM Wong berkata ia memerlukan apa yang disebutnya sebagai pengurusan seumur hidup yang berbeza.

Beliau merujuk kepada program SkillsFuture bagi golongan pertengahan kerjaya berusia 40 tahun dan ke atas untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Antara lain, mereka boleh mendapat kredit S$4,000 untuk membayar yuran kursus dan elaun latihan sebanyak S$3,000 sebulan.

Golongan muda juga boleh menggunakan kredit SkillsFuture untuk menimba kemahiran baharu agar dapat melakukan kerja mereka dengan lebih baik.

Bagi yang diberhentikan kerja pula, mereka boleh memohon bagi mendapatkan sokongan kewangan sementara sehingga enam bulan, berjumlah sehingga S$6,000 di bawah satu lagi skim SkillsFuture.
Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan