Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skandal dadah perenang negara masa tepat bagi pendidikan lebih baik: Anti-Doping SG

Anggaran Waktu Membaca:
Skandal dadah perenang negara masa tepat bagi pendidikan lebih baik: Anti-Doping SG
Diterbitkan : 06 Jan 2023 05:32PM Dikemas Kini : 06 Jan 2023 05:33PM
SINGAPURA: Pihak berkuasa anti-doping negara menyatakan skandal dadah baru yang melibatkan perenang negara Singapura adalah masa yang tepat untuk mendidik para atlit dengan lebih baik.

"Insiden itu tepat pada masanya kerana kini ada dorongan global mengenai pendidikan untuk menekankan pentingnya strategi anti-doping," kata Pengerusi Lembaga Penasihat Anti-Doping Kebangsaan, Dr Patrick Goh.

"Ia juga menunjukkan perlunya untuk para atlit lebih mengetahui dan memahami tanggungjawab mereka," tambah Dr Goh, yang juga pengerusi Pertubuhan Anti-Doping Serantau Asia Tenggara.

MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN

Anti-Doping Singapura (ADS) menyatakan ia akan mengutamakan pendidikan mengenai sukan yang bebas dadah dan kesedaran mengenai dadah serta mempromosikan tingkah laku bebas dadah dalam kalangan atlit sukan tempatan.

Atlit dan kakitangan sokongan boleh menjangkakan lebih banyak program dan bengkel yang lebih banyak memberi maklumat.

Ini berikutan insiden perenang negara Singapura, Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei mengaku mengambil dadah rekreasi terlarang di luar negara tahun lalu.
PENCEGAHAN LEBIH BAIK DARIPADA PENGESANAN

Dr Goh berkata insiden itu menarik perhatian mengenai pelbagai isu.

Melanggar peraturan anti-doping bukan hanya mengenai ujian positif, tetapi pelbagai peraturan lain yang boleh dilanggar. Ini termasuk memiliki, mengelak atau menolak ujian dadah dan kegagalan untuk mengemas kini lokasi dalam beberapa kes, katanya.

"Saya rasa lebih ramai atlit melihat pelanggaran peraturan anti-doping sebagai hanya mempunyai ujian positif. Tetapi hakikatnya, ada satu bahagian dengan sekitar 11 atau lebih pelanggaran yang berbeza," katanya.

Beliau menyokong pencegahan menggunakan dadah melalui pendidikan.

"Terdapat tiga cabaran: pendidikan, pencegahan dan pengesanan. Orang ramai lazimnya memberi tumpuan kepada pengesanan. Tetapi saya memberi tumpuan kepada pendidikan kerana saya fikir itu adalah kunci utama kepada pencegahan."

"Mencegah lebih baik daripada menguji dan mengesan," tambah Dr Goh.

SportSG dan ADS menyediakan pendidikan sukan anti-dadah buat atlit profesional, terutamanya apabila mereka dipilih untuk pasukan negara.

Dr Goh berkata pendidikan berasaskan nilai boleh menyemai etika sukan dan menghalang atlit daripada menggunakan dadah.

KAEDAH UJIAN BARU

Dengan kaedah ujian baru yang akan dikeluarkan, atlit boleh menjangkakan lebih banyak ujian apabila ia dilaksanakan pada masa hadapan, menurut ADS.

Agensi Anti Doping Dunia (WADA) meluluskan kaedah ujian yang lebih murah dan mudah dinamakan ujian bintik darah kering (dried blood spot testing), sebagai tambahan kepada ujian sedia ada.

Pendekatan baru itu memerlukan hanya beberapa titik darah yang lazimnya diambil melalui tusukan ke jari atau lengan.

WADA menyatakan kaedah baru itu kurang invasif buat para atlit, lebih murah dan mudah untuk dijalankan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan