Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skala tenaga SDA akan disesuaikan; dikerah ke sektor lain apabila sekatan dilonggarkan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Skala pengerahan Duta Jarak Selamat (SDA) akan dikurangkan secara bertahap-tahap dan dikerahkan ke sektor-sektor lain apabila langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 dilonggarkan di negara ini. 

Demikian menurut Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Khamis (24 Mac). 

Menjawab pertanyaan media semasa sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai COVID-19, Encik Wong menegaskan bahawa sekalipun sekatan-sekatan sudah dilonggarkan, masih ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. 

Awal hari ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa had saiz perhimpunan akan dinaikkan seganda dari lima kepada 10 orang dan menjadikannya sebagai satu pilihan untuk memakai pelitup apabila berada di luar mulai 29 Mac. Ini sebagai sebahagian daripada "langkah penting menuju" ke  kehidupan bersama COVID-19. 

PM Lee juga mengatakan bahawa Singapura akan membuka semula sempadannya kepada pelawat yang sudah lengkap divaksin mulai 1 April. 

Encik Wong, yang juga merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai COVID-19, menegaskan bahawa sekalipun langkah-langkah dilonggarkan, masih ada keperluan untuk duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan. 

"Tetapi jelas sekali, dalam rejim yang baru ini, kami ingin menggalak semua orang supaya mengambil lebih banyak tanggungjawab sosial dan peribadi dan kurang bergantung kepada kuasa luaran atau pemeriksaan penguatkuasaan," kata Encik Wong. 

Jika lebih ramai orang boleh terus bersikap bertanggungjawab, maka Singapura boleh "mengurangkan" skala pengerahan individu yang digajikan sebagai duta jarak selamat secara berperingkat, tambahnya. 

Ini akan membolehkan mereka untuk dikerahkan ke sektor-sektor lain di mana terdapat "permintaan tenaga manusia yang sangat tinggi," kata Encik Wong. 

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, meskipun permintaan bagi duta jarak selamat akan merosot, ramai daripada kakitangan operasi dalam sektor kesihatan menjalankan tugas seperti vaksinasi, pengesanan kontak dan mengendalikan pusat panggilan adalah dari sektor penerbangan. 

"Kami menjangkakan mereka akan kembali bertugas dalam bidang masing-masing sebaik sahaja sempadan dibuka. Justeru, beberapa peluang pengerahan semula akan tersedia dan kami akan terus meneroka peluang-peluang lain di mana SDA boleh dimanfaatkan sepenuhnya," katanya. 

"Namun, seperti yang dikatakan oleh Encik Lawrence Wong, kita sedang melalui pasaran buruh yang ketat dan sebenarnya ada jawatan kosong dalam pelbagai sektor juga."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan