Sivakumar Veeravel minat seni pertahahan silat, Samson Sim pula mahu dalami seni tarian Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semasa menonton sebuah persembahan tarian Melayu di sekolah pada darjah lima, Samson Soloman Sim Yong En mula tertarik kepada keindahan irama lagu Melayu dan gerak tari yang gemalai lagi sopan.
Terdetik juga di hati Samson untuk mahu mempelajarinya.
"Ia bermula sejak di sekolah rendah dan saya selalu ingin menyertai tarian Melayu tetapi tak ada keberanian. Sehingga saya menyertai ITE dan kemudian di situlah saya menyertai tarian Melayu sebagai CCA," kongsi Samson, 22 tahun kepada BERITA Mediacorp.
Malah beliau mengambil setapak lagi ke hadapan dalam bidang itu untuk sertai kumpulan tarian Melayu profesional iaitu Teater Tari ERA.
Di situ, Samson mendalami lagi seni tarian Melayu di bawah bimbingan Encik Zairin Abdul Latiff.
Beliau berbangga melihat minat Samson terhadap seni itu dan menggalak lebih ramai beliau tidak kira kaum untuk cuba berjinak-jinak menyertai aktiviti kebudayaan Melayu.
"Kita memang sambut baik (peserta) bukan Melayu ke, India ke, Cina pun saya rasa kita pun berbilang bangsa jadi saya rasa kalau kita kongsi walaupun ini budaya Melayu cuma kadang-kadang kita nak kena berbual bahasa Inggeris untuk mereka faham," kata Encik Zairin.
Bakat dan dedikasi Samson juga diakui sehingga terpilih untuk wakili Singapura dalam sebuah acara tarian di Medan.
Minat Samson terhadap tarian Melayu ini juga disokong keluarganya.
"Mereka memberi sokongan dari mula kerana ia sesuatu yang saya minati dan tunjukkan minat itu bila saya lebih muda, jadi mereka tak halang saya bahkan mereka galakkan saya untuk teruskan," jelas Samson.
VEERAVEL TERTARIK DENGAN SENI SILAT
Bagi Sivakumar Veeravel pula, seni pertahanan Melayu iaitu silat menarik perhatiannya.
Beliau mula menyertai perguruan silat Sendeng Pukulan di Jurong sejak 2018.
"Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk menghadapi dan beberapa cabaran kecil adalah kadangkala guru silat mungkin terlupa saya dan mereka akan memberi arahan dalam bahasa Melayu," kata Veeravel.
Dengan dorongan daripada guru-guru dan rakan-rankannya, beliau yang kini berusia 15 tahun dapat mengatasi cabaran itu.
Guru silatnya, Encik Muhammad Badry Muhaimin meluahkan rasa bangganya apabila ada pesilat seperti Veeravel yang menceburi seni Melayu.
"Teruja kerana kita tak pernah ada pesilat atau atlit yang bukan Melayu. Jadi bila kita ada pesilat yang bukan Melayu, ia satu cabaran bagi kami, satu tanggungjawab juga untuk kita kongsikan budaya kita kepada mereka," jelas Encik Badry.
Veeravel juga berharap lebih ramai belia sepertinya mahu menceburi bidang baru dan mengenali budaya lain.
"Dalam seni pertahankan diri, ia bukan tentang Melayu, Cina atau apa sahaja kaum ada. Saya juga ingin menggalakkan ibu bapa hari ini supaya membiarkan anak mereka memasuki banyak kegiatan. Bukan sahaja silat atau seni mempertahankan diri. Membiarkan mereka memasuki lebih banyak seni dan sebagainya," tambah Veeravel dengan penuh harapan.
Bagi dua belia ini, pengalaman ini juga membuat mereka lebih menghargai kerencaman budaya di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/DA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.