Siti Zhywee kongsi kenangan berharga, hargai peluang keemasan wakili negara dalam Olimpik E-Sukan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Activesg circle/Facebook)
SINGAPURA: Persahabatan yang terjalin dengan para peserta lain serta pengalaman mewakili negara dalam Siri E-Sukan Olimpik 2023 menjadi kenangan terindah buat wakil negara, Cik Siti Zhywee Ramle.
Beliau yang baru sahaja berentap di pentas Olimpik e-sukan dalam kategori tarian pada 23 Jun lepas, sempat berkongsi pengalamannya sepanjang pertandingan.
"Ia adalah satu pengalaman yang sangat mendebarkan dan menyeronokkan pada masa yang sama tetapi sokongan dan sorakan yang diberikan keluarga tersayang, sahabat handai dan orang ramai membuatkan saya rasa tenang," kata Cik Siti Zhywee.

Sebelum pertandingan bermula, para peserta diberikan satu jam untuk memanaskan badan dan berlatih. Mereka kemudian dijemput ke pentas pertandingan untuk diperkenalkan kepada orang ramai serta juri-juri yang hadir.
"Saya harus bertanding dengan peserta daripada Amerika Syarikat, aazlano, dan kami diberikan lagu 'Chiwawa' yang dipilih buat kami sehari sebelum pertandingan bermula," kongsi Cik Siti Zhywee.
Beliau menduduki tangga kelima dalam senarai dengan carta diungguli peserta dari Perancis, Dina Amandine (TheFairyDina).
Meski keputusan tidak berpihak kepadanya, Cik Siti bersyukur bahawa penyokongnya masih tetap bangga dengan pencapaiannya. Beliau juga berbesar hati dapat mewakili Singapura.
"Saya tahu saya sudah berikan yang terbaik dan bertarung dengan sebaik mampu tidak kira keputusannya," ujar beliau.

MELUASKAN RANGKAIAN, JALIN PERSAHABATAN DENGAN PESERTA LAIN
Malah dengan penglibatannya dalam peraduan itu, Cik Siti dapat meluaskan rangkaiannya dan sempat menjalinkan persahabatan dengan para peserta lain.
"Saya membuat kawan dengan peserta lain dan mereka semua aktif bergiat dalam peraduan Just Dance. Saya juga sempat membawa mereka berjalan-jalan dan meneroka Singapura," kata Cik Siti Zhywee.
Beliau juga berbesar hati menerima peluang keemasan ini untuk mewakili negara.
Cik Siti Zhywee juga menarik perhatian kerja baik yang ditonjolkan Singapura sebagai menjadi tuan rumah Olimpik Siri E-Sukan 2023.

MAHU LUANGKAN MASA DENGAN KELUARGA
Ketika ditanya jika beliau berhasrat untuk bertanding dalam pertandingan e-sukan seterusnya, Cik Siti menjelaskan mahu meluangkan masa yang dikorbankan buat keluarganya sepanjang pertandingan terlebih dahulu.
"Saya masih gemar bermain Just Dance cuma saya belum ada perancangan lagi. Semasa pengalaman ini, saya sudah berkorban masa dengan keluarga, bekerja dan ia memerlukan tenaga yang banyak. Saya ingin luangkan masa dengan keluarga dan kembali mengajar latihan jasmani iaitu minat utama saya. Namun jika diberikan peluang, saya akan memikirkan keputusannya kelak," kata Cik Siti Zhywee.
Acara Olimpik siri e-sukan itu berakhir pada Ahad (25 Jun) namun dengan kemenangan yang cukup membanggakan kesemua peminat e-sukan di Singapura.

WAKIL SG SUKAN TAEKWONDO HARUMKAN NAMA NEGARA
Peserta termuda yang mewakili Singapura dalam temasya sukan itu, Nigel Tan, berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori Taekwando.
"Ia sangat mencabar namun sebuah perlawanan yang baik. Tentunya ia sangat memenatkan tetapi kami sudah menjalani latihan. Ia sangat' cool' untuk (dinobatkan pemenang Singapura pertama)," kata Nigel Tan kepada CNA.
Remaja berusia 14 tahun itu dinobatkan juara selepas menewaskan Natalie Tor, 2-1 pada hari terakhir Olimpik Siri E-sukan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.