Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIT terima suntikan derma S$2.6 juta bagi pembangunan kampus baru, dermasiswa pelajar

Enam dermasiswa bernilai S$5,000 setiap satu akan diberi kepada mahasiswa Institut Teknologi Singapura (SIT) setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jan 2022 05:40PM Dikemas Kini : 26 Jan 2022 08:57PM

SINGAPURA: Enam dermasiswa bernilai S$5,000 setiap satu akan diberi kepada mahasiswa Institut Teknologi Singapura (SIT) setiap tahun.

Ia adalah sebahagian daripada dana S$2.6 juta yang didermakan seorang peniaga tempatan.

Dana berkenaan juga akan digunakan bagi pembangunan kampus baru universiti itu.

Terletak di Kawasan Digital Punggol, kampus SIT itu akan meningkatkan usaha kerjasama antara mahasiswanya dengan rakan-rakan industri.

Kampus itu mempunyai sebuah Hab Teroka yang bakal siap dua tahun lagi.

Hab itu akan mengabadikan nama Dr Chua Thian Poh sebagai menghargai sumbangan Pengerusi Eksekutif syarikat pembangunan hartanah Ho Bee Group itu.

Pada masa ini, pusat kegiatan mahasiswa SIT di kampusnya sekarang juga dikenali dengan nama Dr Chua.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan