Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIT tawar inisiatif baharu untuk alumni, anjur kursus percuma untuk tingkatkan kemahiran

Anggaran Waktu Membaca:
SIT tawar inisiatif baharu untuk alumni, anjur kursus percuma untuk tingkatkan kemahiran

SIT tawar inisiatif baharu untuk alumni, anjur kursus percuma untuk tingkatkan kemahiran. (Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri)

SINGAPURA: Alumni Institut Teknologi Singapura (SIT) berpeluang belajar kemahiran baharu atau meningkatkan kemahiran mereka menerusi dua inisiatif baharu dan tawaran lebih luas di bawah program pos siswazah yang dilancarkan pada Rabu (11 Okt).

Inisiatif 'Learn for Life' itu diumumkan di majlis konvokesyen SIT bagi Kelas 2023 dan bakal memanfaatkan semua 18,000 alumni SIT sejak ia ditubuhkan pada 2009.

Di bawah inisiatif tersebut, para alumni boleh mendaftar untuk modul-modul Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) bernilai sehingga S$3,500 secara percuma, setiap lima tahun bermula April tahun depan.

Gambar: SIT

"Matlamatnya ialah jika ada gangguan, trend utama sebagai contoh Kecerdasan Buatan (AI) generatif atau kemampanan, SIT akan ada kursus yang memperkenalkan mereka kepada trend-trend ini dan mereka boleh datang kembali dan mengambilnya dengan percuma," kongsi Presiden SIT, Professor Chua Kee Chaing kepada BERITA Mediacorp.

"Apabila mereka sudah mengambilnya dan mereka memutuskan yang mereka ingin mendalaminya, untuk meningkatkan kemahiran atau belajar kemahiran baharu, mereka boleh terus mengambil lebih banyak modul dalam tumpuan tersebut. Jadi dengan ini, ia akan menggalak alumni kami untuk terus kembali meningkatkan kemahiran atau belajar kemahiran baharu," tambahnya.

PROSES KEMASUKAN LEBIH MUDAH UNTUK ALUMNI

Gambar: SIT
Selain itu, SIT juga memperkenalkan proses kemasukan yang lebih mudah untuk alumni kembali mengikuti program ijazah pos siswazah.

Mereka lagi perlu menyerahkan sijil ijazah dan transkrip mereka semula semasa mendaftar untuk program-program pos siswazah.

Ini bagi memudahkan lagi proses mendaftar bagi alumni, selagi mereka menepati syarat-syarat yang diwajibkan untuk kursus yang mereka minati.

Dalam pada itu, SIT juga menawarkan program pos siswazah baharu khususnya dalam Penjagaan Kesihatan dan Pembangunan Inovasi.

PROGRAM BAHARU DALAM PENJAGAAN KESIHATAN DAN INOVASI

Pada tahun akademik 2024 misalnya, SIT bakal melancarkan program pos siswazah dalam Master of Health Sciences (MHSc), untuk memenuhi permintaan industri dalam menangani keperluan penduduk Singapura yang semakin menua dan landskap penjagaan kesihatan yang kerap berubah.
Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri

"Akan ada pelbagai bidang keperluan untuk masyarakat yang menua dan kami ingin menyediakan masyarakat dan graduan kami. Misalnya jika mereka bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan, mereka perlu meningkatkan kemahiran mereka sejajar dengan teknologi yang lebih baharu, tumpuan penjagaan kesihatan yang lebih baharu yang akan menyokong masyarakat menua kita," kongsi Profesor Chua.

Pihak Universiti juga akan memperkukuh Program Pos Siswazah melalui Kajian (PGR) yang sudah ada menerusi
Ijazah Kedoktoran/Sarjana dengan kepakaran-keparan inovasi.

Ia direka dan ditawarkan dengan kerjasama Perikatan Singapore MIT bagi Kajian dan Teknologi (SMART).

"Inovasi sangat penting untuk Singapura, untuk syarikat kita berkembang, dan untuk meningkatkan Rantai Nilai Inovasi kerana Singapura bukan lagi tempat yang murah untuk melakukan perniagaan. Jadi kita perlu memudik dan menaiki Rantai Nilai Inovasi dapat membantu industri dan syarikat kita. Jadi kita perlu mula mempersiapkan graduan kita juga," ujar Profesor Chua.

Gambar: SIT

Lebih 2,200 graduan SIT akan menerima ijazah mereka sepanjang tiga hari akan datang hingga Jumaat (13 Okt).

Majlis hari ini merangkumi kohort perintis dari Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Komunikasi Digital dan Media Bersepadu, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Dietetik dan Pemakanan (DTN) serta Sarjana Sains Kejuruteraan Mekanikal.

Menyerikan majlis termasuk tetamu terhormat Menteri Negara Pendidikan merangkap Tenaga Manusia, Cik Gan Siow Huang.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan