Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIT dapat sumbangan S$1.8 juta bagi sokong kos binaan bangunan mesra alam

Institut Teknologi Singapura (SIT) menerima sumbangan S$1.8 juta bagi menyokong kos binaan bangunan SIT yang mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Nov 2020 09:20PM Dikemas Kini : 15 Nov 2020 11:05PM

SINGAPURA: Institut Teknologi Singapura (SIT) menerima sumbangan S$1.8 juta bagi menyokong kos binaan bangunan SIT yang mesra alam.

Sumbangan itu diberikan persatuan suku kaum Cina, Hokkien Huay Kuan, sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-180.

Persatuan itu juga mengagihkan tambahan S$500 kepada 404 penerima dermasiswa untuk menyokong keluarga mengharungi kesan ekonomi pandemik COVID-19.

Di satu acara hari ini (15 Nov), persatuan itu juga melancarkan sebuah buku berhubung peranan dimainkan di negara dan rantau ini.

Tetamu terhormat Perdana Menteri Lee Hsien Loong menekankan sumbangan yang diberikan oleh masyarakat Hokkien terhadap masyarakat tidak kira latar belakang.

"Ia bukan saja menjaga masyarakat Hokkien dan Cina tetapi juga menyediakan sokongan kepada semua rakyat Singapura termasuk masyarakat Melayu, India dan golongan minoriti yang lain.

"Dengan semangat inilah, ramai pemimpin berkhidmat di Huay Kuan dan menyumbang kepada tujuan menggalakkan pendidikan, kesenian dan kebudayaan serta perkhidmatan sosial di Singapura," ujar PM Lee. 

Sumber : CNA/RU/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa