Siswazah pendidikan privet masih ketinggalan berbanding lulusan lain meski peluang dapat kerja stabil
Lulusan Institusi Pendidikan Privet (PEI) masih ketinggalan di belakang rakan-rakan sebaya dari segi mendapatkan pekerjaan dan gaji permulaan, menurut satu tinjauan oleh SkillsFuture Singapura yang dijalankan antara Oktober hingga Januari 2026.
Sebuah institusi pendidikan privet di Singapura.
Kira-kira 6,000 siswazah daripada 26 institusi ditinjau.
Sekitar 79 peratus jumlah siswazah tersebut mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah lulus pengajian mereka pada 2024 dan 2025.
Gaji bulanan kasar median bagi mereka dalam jawatan sepenuh masa adalah S$3,500.
Ini sekitar S$1,000 lebih rendah berbanding lulusan universiti berautonomi.
Siswazah politeknik yang sudah selesai perkhidmatan negara pula menerima gaji permulaan median sekitar S$3,100.
Kira-kira 24 peratus lulusan PEI bekerja secara sambilan atau sementara.
Kadar pengambilan kerja secara keseluruhan bagi lulusan PEI adalah sekitar 79 peratus, iaitu lebih rendah berbanding laluan pengajian lain.
Misalnya, sekitar 89 peratus daripada lulusan universiti berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan.
SkillsFuture Singapura menyatakan ia akan terus menyokong golongan siswazah menerusi bimbingan kerjaya.
Ini termasuk menyediakan khidmat padanan pekerjaan dan program meningkatkan kemahiran demi membantu golongan tersebut berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.