Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siswa Sri Lanka gantung diri di bilik hotel setelah didapati langgar SHN: Koroner

Seorang mahasiswa asing tahun pertama yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah hotel membunuh diri dengan menggantung diri dalam bilik tersebut setelah beliau didapati melanggar arahan kuarantin, menurut dapatan koroner pada Selasa (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Siswa Sri Lanka gantung diri di bilik hotel setelah didapati langgar SHN: Koroner

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 20 Apr 2021 09:33PM Dikemas Kini : 20 Apr 2021 09:35PM

SINGAPURA: Seorang mahasiswa asing tahun pertama yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah hotel membunuh diri dengan menggantung diri dalam bilik tersebut setelah beliau didapati melanggar arahan kuarantin, menurut dapatan koroner pada Selasa (20 Apr).

Warga Sri Lanka itu, Nishad Manilka De Fonseka, 20 tahun, tiba di Singapura pada tahun lalu untuk memulakan pengajian di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Beberapa hari sebelum penggal sekolahnya dijadual bermula pada Ogos 2020, Encik De Fonseka ditemui tergantung dalam biliknya di Hotel Grand Pacific.

Sejarah pencarian di Internetnya menunjukkan tajuk bagi pelanggaran SHN dan dua artikel berita mengenai padah melanggar SHN.

Beliau juga meninggalkan nota memohon maaf kepada keluarganya, menyifatkan dunia ini "sebagai tempat kejam" dan "minta maaf jika saya mengecewakan anda".

Encik De Fonseka tiba di Singapura pada 1 Ogos 2020 bersama seorang teman perempuan. Mereka masing-masing diberi taklimat tentang syarat notis SHN iaitu termasuk dilarang berhubung rapat dengna orang lain.

Menurut temannya, Encik De Fonseka seringkali akan keluar bilik hotelnya untuk masuk ke bilik beliau, dengan meninggalkan pintu bilik hotel terbuka menggunakan penyangkut baju.

Namun, perbuatan Encik De Fonseka terbongkar apabila beliau terkunci di luar bilik hotel dan kakitangan hotel memeriksa rakaman kamera litar tertutup. Beliau cuba meminta kakitangan hotel itu supaya tidak melaporkan perkara itu, namun diberitahu bahawa ia adalah protokol untuk berbuat demikian.

Encik De Fonseka berasa bimbang jika ibu bapanya akan berasa marah dan prihatin jika pengajiannya terjejas. Namun, temannya memberitahu beliau bahawa ia mungkin tidak serius kerana mereka berdua menaiki penerbangan yang sama ke Singapura.

Pada 11 Ogos 2020, kedua-dua individu itu mengambil ujian swab COVID-19. Setelah itu, SMU menghubungi kedua-dua pelajar itu dan meminta mereka supaya menghantar kenyataan dan penjelasan bagi pelanggaran itu.

KEDUA-DUA MULA RASA BIMBANG SETELAH SMU MINTA PENJELASAN

Setelah mereka memberi penjelasan kepada SMU, mereka saling mengirimkan pesanan teks kepada satu sama lain, dengan teman Dr De Fonseka berkata bahawa beliau cuba sedaya mungkin untuk tidak bunuh diri dan Encik De Fonseka berkata "sama" dan beliau sedang cuba "mencari sesuatu untuk dilakukan".

Mereka kemudian membincangkan tentang masa hadapan masing-masing dan Encik Dr Fonseka berkata bahawa beliau tidak tahu jika beliau boleh menempuhnya. Temannya pula berkata beliau berasa bimbang akan dihantar pulang dan beliau ingin membunuh diri.

Temannya kemudian memberitahu Encik De Fonseka supaya menghubunginya jika beliau mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Setelah memastikan bahawa Encik De Fonseka berada dalam keadaan baik, temannya tertidur.

Apabila beliau tersedar, beliau melihat banyak kiriman teks daripada Encik De Fonseka yang memintanya supaya menghubungi beliau. Namun, Encik De Fonseka tidak menjawab panggilan telefon apabila beliau cuba menghubunginya kembali.

Beliau lalu meminta meja tamu hotel supaya memeriksa keadaan Encik De Fonseka di bilik hotelnya.

Encik De Fonseka ditemui tergantung diri dari siling dan disahkan meninggal dunia pada 12 Ogos 2020.

LANGKAH-LANGKAH SELEPAS KEJADIAN

Mahkamah diberitahu bahawa SMU tidak mempunyai prosedur operasi standard bagi situasi sedemikian pada ketika itu, dan menyatakan bahawa e-mel yang dihantar kepada kedua-dua pelajar itu untuk meminta penjelasan, turut tertera hukuman bagi kesalahan melanggar SHN supaya mereka maklum terhadapnya.

SMU juga mengaturkan panggilan kepada kedua-dua pelajar di hotel itu untuk memeriksa kesejahteraan mereka dan mengingatkan mereka supaya memeriksa suhu badan dan mematuhi SHN.

Selepas kejadian itu, Kementerian Pendidikan (MOE) melakarkan garis panduan tentang bagaimana untuk menangani pelanggaran SHN sedemikian, menurut koroner.

Koroner Negara Kamala Ponnampalam mendapati bahawa kematian Encik De Fonseka adalah akibat perbuatan membunuh diri dan tiada perbuatan khianat disyaki. Beliau juga menekankan bahawa MOE telah pun membentangkan garis panduan jelas bagi institusi-institusi pendidikan tinggi tentang bagaimana untuk menangani situasi sedemikian dan SMU juga mengubah dasarnya bagi pengurusan kebajikan pelajar.

Beliau mengutuskan takziah kepada keluarga Encik De Fonseka atas kehilangan mereka. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan