Skip to main content

Singapura

Siswa NTU didakwa rakam wanita mandi, dibuang sekolah

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang didakwa merakam seorang wanita sedang mandi, dibuang sekolah Oktober lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Siswa NTU didakwa rakam wanita mandi, dibuang sekolah

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 06 Dec 2019 02:13PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 02:16PM

SINGAPURA: Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang didakwa merakam seorang wanita sedang mandi, dibuang sekolah Oktober lalu.

Warga China, Han Shiyu, 17 tahun, dituduh sengaja menghina kehormatan seorang wanita dengan merakam mangsa sedang mandi di NTU, dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap mengesahkan pada Khamis (5 Dis) bahawa Han merupakan seorang mahasiswa NTU semasa melakukan kesalahan, tetapi sudah dibuang sekolah berkuat kuasa pada Oktober tahun ini.

"Pihak universiti tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap perbuatan mengganggu dan akan menangani semua kes salah laku dengan serius," kata jurucakap berkenaan.

"Mahasiswa yang didapati bersalah akan berdepan dengan tindakan disiplin, termasuk dibuang sekolah."

Menurut dokumen mahkamah, insiden berkenaan berlaku di NTU pada 12 Ogos tahun ini.

Han dijangka kembali ke mahkamah pada bulan ini.

Kesnya dibicarakan beberapa bulan selepas seorang lagi penuntut NTU disiasat polis kerana disyaki merakam seorang wanita sedang mandi di asrama.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita