Sistem urus niaga FAST akan pacu inovasi, mewujudkan khidmat yang lebih baik
Rancangan untuk melancarkan sistem urus niaga Fast and Secure Transfers (FAST) di Singapura dialu-alukan pakar-pakar industri dan teknologi kewangan (fintech).
(Gambar: Grab)
SINGAPURA: Rancangan untuk melancarkan sistem urus niaga Fast and Secure Transfers (FAST) di Singapura dialu-alukan pakar-pakar industri dan teknologi kewangan (fintech).
Mereka percaya ini akan membuka jalan bagi kemudahan yang lebih baik dan khidmat e-bayaran yang lebih inovatif bagi pengguna sambil memberi bantuan kepada langkah terbaru untuk menggalak Singapura ke arah pembayaran tanpa tunai.
Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Isnin (17 Sep) mengatakan bahawa para pemain bukan bank akan mendapat akses terus ke FAST - sistem pemindahan wang elektronik antara bank serta merta yang dilancarkan pada tahun 2014 dan khidmat PayNow - supaya e-dompet mereka boleh saling beroperasi bersama akaun-akaun bank.
Kesimpulannya, ini bermakna para pelanggan tidak lama lagi boleh membuat tokokan segera, atau mendapatkan bayaran balik, dari pelbagai jenis e-dompet bagi sebarang akaun bank.
Selain itu, Encik Ong berkata bahawa membenarkan akses terbuka kepada infrastruktur biasa seperti FAST diharapkan dapat mewujudkan khidmat yang lebih baik, sementara syarikat-syarikat yang lain bersaing.
Para individu yang dihubungi Mediacorp, menyokong pengumuman tersebut, dengan ada di antara mereka, menggambarkannya sebagai pencapaian "penting" yang akan memberi Singapura peluang untuk menempah nama di persada antarabangsa.
Meskipun inisiatif-inisiatif serupa sedang dijalankan di negara-negara seperti Britain, pelancaran FAST masih akan menjadi salah satu platform pembayaran antarabangsa yang pertama membolehkan operasi antara firma perkhidmatan kewangan menerusi bank-bank tradisional, kata pengurus penyelidikan kanan IDC Singapore, Michael Yeo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.