Sistem ujian dadah dalam air kencing automatik dilancarkan di merata SG mulai 2024
SINGAPURA: Para jurutera di Singapura berkata mereka berjaya mencipta sistem ujian dadah dalam air kencing automatik sepenuhnya yang pertama di dunia.
Sistem tersebut kini dalam tahap percubaan sehingga Februari 2024 untuk pesalah dadah yang berada di hujung hukuman mereka.
Dibangunkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) dengan kerjasama Perkhidmatan Penjara Singapura, sistem berteknologi tinggi itu dilengkapi dengan sensor robotik dan teknologi pembelajaran mendalam.
Dalam masa 10 minit, sistem berkenaan boleh mengumpul, menganalisis dan menentukan sama ada ujian dadah adalah positif.
Ia dilakukan dengan pengawasan minima daripada pegawai penjara.
Sistem ujian baru itu digunakan di Pusat Pengawasan Masyarakat Selarang sejak September.
Pusat itu melakukan sehingga 5,000 ujian dadah setiap bulan.
Buat masa ini, ujian sedemikian memerlukan seorang pegawai untuk mendaftar, menyelia dan menjalankannya secara manual.
Jika diluluskan selepas tempoh percubaan, sistem baru tersebut akan digunakan di lokasi-lokasi lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.