Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem tempahan sesi pertama solat Hari Raya di 5 masjid lancar

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Tempahan buat sesi pertama solat Aidilfitri di lima masjid untuk mengawal pengurusan relawan dan jemaah berjalan dengan lancar.

Langkah-langkah itu bagi menampung jumlah jemaah yang lebih ramai pada 1 Syawal ini. (22 Apr)

Secara keseluruhannya sebanyak 240,000 ruang solat disediakan di masjid-masjid dan kawasan kejiranan oleh kumpulan Qaryah.
Masjid-masjid itu adalah Masjid Darul Ghufran, Masjid Al-Mawaddah, Masjid Sallim Mattar, Masjid Wak Tanjong dan Masjid Yusof Ishak.

Tinjauan BERITAmediacorp di Masjid Darul Ghufran di Tampines mendapati ramai jemaah yang sudah bertali arus datang untuk menghadiri sesi pertama solat Hari Raya Aidilfitri seawal 6.30 pagi lagi.

Kesemua 4,500 jemaah untuk sesi pertama ditempah sepenuhnya.

Keadaan di pintu masuk masjid lancar dan amat teratur dan para jemaah hanya perlu menunjukkan salinan tempahan slot mereka terlebih dahulu.

Sesi solat Hari Raya anjuran kumpulan Qaryah Golden Pines di kawasan flat studio di Blok 827A Tampines Street 81 pula dihadiri kira-kira 800 penduduk.

Kebanyakannya yang hadir merupakan warga emas dan juga penduduk dari blok-blok berhampiran.

Para jemaah meluahkan rasa bersyukur tidak perlu pergi jauh untuk menunaikan solat Hari Raya.
"Pagi-pagi lagi dari jam 7 sudah sampai di sini. Alhamdulillah dan mereka mengalu-alukan juga kali ini untuk mengadakan solat Aidilfitri kerana sudah hampir 3 tahun mereka tidak dapat bersama-sama kerabat dan teman-teman," ujar Pengerusi Qaryah Golden Pines, Encik Ibrahim Akbar.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan