Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem simpan tenaga terbesar di Asia Tenggara dibuka di Pulau Jurong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sistem simpanan tenaga terbesar di Asia Tenggara dibuka di Pulau Jurong pada Khamis (2 Feb) sebagai sebahagian daripada usaha memperluas penggunaan tenaga suria di Singapura.

Sistem Simpanan Tenaga Sembcorp mempunyai kapasiti maksimum 285 megawatt sejam, dan mampu memenuhi keperluan elektrik selama sehari bagi sekitar 24,000 keluarga yang menetap di flat empat bilik.

Kemudahan seluas 2 hektar itu, atau hampir tiga padang bola, sudah mula beroperasi pada Disember lalu.

Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) melantik Sembcorp Industries untuk membangunkannya pada Jun tahun lalu.

Pelancaran kemudahan tersebut juga bermakna, Singapura sudah mencapai sasaran simpanan tenaga sebanyak 200 megawatt sejam, lebih awal daripada sasaran 2025 di bawah Pelan Singapura Menghijau.

Berucap semasa pelancaran kemudahan tersebut, Menteri Kedua Perdagangan dan Industri Dr Tan See Leng berkata, Singapura sudah menggandakan kapasiti tenaga suria sejak 2020, iaitu lebih 700 megawatt puncak.

Singapura menyasarkan untuk menaikan kapasiti solar kepada sekurang-kurangnya 2 gigawatt-peak jelang 2030, kuasa ini cukup untuk memberikan bekalan elektrik bagi 350,000 isi rumah setiap tahun. Ini dijangkan dapat memenuhi tiga peratus daripada ramalan permintaan elektrik.

Sistem Simpanan Tenaga Sembcorp terdiri mempunyai lebih daripada 800 unit bateri berskala besar, yang kitaran pengecasan dan nyahcas diurus secara berpusat mengikut bekalan dan permintaan grid.
Sumber : CNA/ZM/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan