Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem ramalan tenaga suria bakal digunakan hujung 2020

Satu sistem yang boleh meramal jumlah tenaga suria sepanjang hari di negara ini, dijangka mula digunakan menjelang hujung tahun depan, bertujuan mencegah gangguan bekalan elektrik di tengah-tengah rancangan untuk memanfaatkan tenaga suria bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2019 09:08PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 09:12PM

SINGAPURA: Satu sistem yang boleh meramal jumlah tenaga suria sepanjang hari di negara ini, dijangka mula digunakan menjelang hujung tahun depan.

Ia bertujuan mencegah gangguan bekalan elektrik, di tengah-tengah rancangan untuk memanfaatkan tenaga suria bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik.

Sistem itu dibangunkan secara bersama oleh Institut Penyelidikan Tenaga Suria Singapura (SERIS), Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Jabatan Kaji Cuaca Singapura.

Apabila cuaca mendung, bekalan tenaga suria terjejas sehingga panel-panel suria tidak dapat banyak menjana kuasa elektrik.

Sensor-sensor yang dipasang di merata Singapura akan memberi amaran sekiranya keadaan seperti itu berlaku untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah yang sewajarnya.

Di makmal SERIS pula, satu sistem kawalan akan memantau dan meramal turun naik pengeluaran tenaga suria.

Jika ada penyusutan, para pengendali akan dimaklumkan agar dapat menyediakan bekalan tenaga konvensional bagi grid elektrik.

Ini amat penting bagi Singapura yang mahu mempertingkat penghasilan tenaga elektrik dari suria melebihi tahap maksimumnya 260 megawatt sekarang.

Sumber daya tenaga elektrik bersih termasuk dari suria akan menjadi tumpuan persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura yang bermula pada Selasa ini(29 Okt). 

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan