Sistem Portal Pelajar MOE 'kembali normal' setelah alami kelengahan
Sistem Portal Pelajar sudah kembali normal setelah mengalami "kelengahan" pada pagi Rabu (19 Mei) sedang para murid sekolah rendah, pelajar menengah, maktab rendah mahupun Institut Millennia mula menjalani sepenuhnya Pembelajaran di Rumah (HBL).

Bangunan Kementerian Pendidikan (MOE) (Gambar: Alvin Chong)
SINGAPURA: Sistem Portal Pelajar sudah kembali normal setelah mengalami "kelengahan" pada pagi Rabu (19 Mei) sedang para murid sekolah rendah, pelajar menengah, maktab rendah mahupun Institut Millennia mula menjalani sepenuhnya Pembelajaran di Rumah (HBL).
Menerusi catatan Facebooknya, Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan pihaknya "mengerahkan sumber-sumber sistem tambahan" apabila mendapat tahu tentang kelengahan yang berlaku itu.
"Pada 9.30 pagi, para guru melaporkan bahawa sistem sudah kembali normal," menurut kementerian itu.
MOE memohon maaf kepada semua yang terjejas, sambil menambah bahawa ia sedang "memantau secara aktif" prestasi portal pelajar dan "menangani isu-isu untuk mengurangkan gangguan pada para guru dan pelajar."
Langkah beralih ke HBL sepenuhnya diumumkan pada 16 Mei sedang jumlah jangkitan COVID-19 dalam masyarakat meningkat di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.