Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem penyejukan baru bagi pusat-pusat data dibangunkan NTU

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Apr 2023 06:32PM Dikemas Kini : 05 Apr 2023 11:36PM
SINGAPURA: Satu sistem penyejukan baru bagi pusat-pusat data boleh mengurangkan jejak karbon sebanyak 26 peratus.

Dibangunkan oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU), para pengkajinya berharap sistem itu dapat menembusi pasaran menjelang 2025.

Sistem itu merangkumi alat penyembur yang secara langsung menyejukkan unit pemprosesan pusat.

Kaedah tersebut kurang menggunakan daya tenaga berbanding kaedah di mana sistem tambahan diperlukan untuk menyejukkan udara sebelum ia sampai kepada unit berkenaan.

Proses penyejukan sistem baru itu juga lebih pantas dan menjimatkan ruang sebanyak 30 peratus.

NTU menyatakan, teknologi ini akan menjadikan pusat-pusat data lebih mampan, memandangkan ia kini menggunakan 7 peratus daripada penggunaan tenaga elektrik keseluruhan di Singapura.

"Menilai daripada permintaan pengkomputeran awan yang terus meningkat 15 peratus setiap tahun, kita berharap bahawa kita dapat menunjukkan teknologi penyembur sejuk itu di dalam persekitaran perindustrian melalui projek kolaboratif bersama industri," kata Profesor Madya Wong Teck Neng, Penolong Pengerusi Pusat Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan