Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem pemarkahan baru PSLE tidak jejas ukur tara minimum bagi madrasah

Perubahan pada sistem pemarkahan baru Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tidak menjejas ukur tara minimum untuk madrasah kecapi sebelum dibenarkan mengambil masuk kohort baru murid Darjah 1.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perubahan pada sistem pemarkahan baru Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tidak menjejas ukur tara minimum untuk madrasah kecapi sebelum dibenarkan mengambil masuk kohort baru murid Darjah 1.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing mengesahkan hal itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan parlimen yang diajukan Anggota Parlimen GRC Aljunied, Faisal Manap.

Encik Faisal bertanya apakah ukur tara minimum yang harus dikecapi madrasah-madrasah bagi setiap kohort pelajar, dengan pelaksanaan sistem pemarkahan PSLE yang baru pada tahun lalu (2021).

Sistem pemarkahan baru PSLE menggunakan Tahap Pencapaian (AL) 1 hingga 8 mata bagi setiap daripada empat subjek yang diduduki mereka.

Markah keseluruhan PSLE seseorang pelajar itu pula ialah jumlah AL bagi keempat-empat subjek yang diambil.

Markah terbaik yang boleh diperolehi ialah 4 jika pelajar mendapat 1 mata bagi kesemua subjek.

Dalam jawapannya, Encik Chan berkata asas bagi ukur tara untuk madrasah-madrasah kekal tidak berubah di bawah sistem pemarkahan baru PSLE.

Beliau menjelaskan, "Ia (asas bagi ukur tara) berdasarkan skor purata PSLE ​​murid Melayu yang mengambil empat mata pelajaran peringkat Standard di enam sekolah rendah nasional dengan prestasi terendah"

Berdasarkan ukur tara minimum itu, Encik Chan berkata kesemua madrasah dengan pelajar yang menduduki PSLE memenuhinya pada 2021.

Lantaran itu, madrasah-madrasah berkenaan boleh terus mengambil kemasukan kohort baru murid Darjah 1.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan