Sistem pagar automatik bagi pelawat asing di pintu masuk Malaysia mula beroperasi secara berperingkat
Anggaran Waktu Membaca:
Masalah sistem tidak menjejas rakyat Malaysia. (Gambar: CNA)
PUTRAJAYA: Sistem pagar automatik (autogate) bagi pelawat asing, yang mengalami gangguan sejak Jumaat (18 Jul), mula beroperasi secara berperingkat pada 6.00 petang Sabtu.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan pada Sabtu malam memaklumkan sistem itu bagaimanapun masih belum pulih sepenuhnya.
"Kerja-kerja pembaikan dan penstabilan sistem masih lagi diteruskan bagi memastikan ia dapat kembali beroperasi pada kapasiti optimum," menurut kenyataan itu.
Menurut AKPS, keadaan di semua pintu masuk utama negara yang terjejas dengan kegagalan sistem tersebut adalah terkawal dan langkah mitigasi diteruskan bagi memastikan aliran pergerakan pelawat asing kekal lancar.
"AKPS akan terus memastikan sistem kembali pulih bagi memastikan pengoperasian harian pelawat asing keluar masuk ke pintu utama negara dalam keadaan terkawal dan selamat," menurut agensi itu.
Pada petang Sabtu, AKPS mengesahkan gangguan sistem sejak Jumaat berpunca daripada gangguan integrasi data yang menyebabkan proses semakan silang dalam sistem MyIMMS menjadi perlahan.
Kesesakan dan barisan menunggu yang panjang dilaporkan di beberapa lokasi utama termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.
Susulan itu, AKPS memaklumkan langkah mitigasi sudah diambil bagi melancarkan aliran pelawat termasuk pengaktifan semua kaunter manual dan penugasan anggota tambahan di pintu masuk terjejas

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.