Skip to main content

Singapura

Sistem jagaan kesihatan S'pura jalani penyusunan semula

Mulai tahun depan sistem jagaan kesihatan negara ini akan disusun semula menjadi tiga kelompok bersepadu, berbanding enam sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Dec 2017 07:44PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 09:40PM

SINGAPURA: Mulai tahun depan sistem jagaan kesihatan negara ini akan disusun semula menjadi tiga kelompok bersepadu, berbanding enam sekarang.

Tiga kelompok itu, daerah-daerah Tengah, Timur dan Barat, dibentuk bagi menyediakan penjagaan pesakit yang lebih lancar.

Di bawah rombakan itu Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Besar Changi (CGH) akan berada dalam satu kelompok.

Kelompok itu juga meliputi semua poliklinik kendalian SingHealth dan Eastern Health Alliance serta beberapa hospital masyarakat dan institusi lain.

Kedua-dua SGH dan CGH sudahpun memanfaatkan kepakaran satu sama lain serta memperelok sistem-sistem yang ada.

Tujuan utama penyusunan semula itu bagi memberi lebih banyak keselesaan kepada para pesakit.

"Sebagai contoh, dalam bidang "podiatry" atau yang berkenaan dengan rawatan kaki, jika masa menunggunya lebih lama di sebuah pusat, misalnya di CGH, pesakit boleh ditawarkan untuk menjalani rawatan itu di SGH," kata Profesor Adjung Lee Chien Earn, timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingHealth.

Di tahap rawatan asas pula, doktor-doktor umum membantu melancarkan lagi proses rawatan pesakit menerusi skim-skim seperti program DOT atau Menyampaikan Tepat Sasaran.

Program DOT membolehkan pesakit memilih tempat paling mudah baginya untuk berjumpa doktor dan dikenakan kadar bayaran yang sama seperti di SGH.

DOT juga memberi jaminan bahawa para pesakit akan dirujukkan semula ke hospital sekiranya keadaan penyakit mereka menjadi bertambah buruk.

Dalam kes sedemikian mereka akan diberi keutamaan untuk mendapatkan rawatan di hospital. 

Sumber : CNA/RL/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita