Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem jagaan kesihatan masih dapat bertahan, jumlah kes baru COVID-19 dalam jangkaan

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata hari ini (12 Feb) bahawa
sistem jagaan kesihatan Singapura masih dapat bertahan dan jumlah kes baru COVID-19 adalah dalam jangkaan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata hari ini (12 Feb) bahawa
sistem jagaan kesihatan Singapura masih dapat bertahan dan jumlah kes baru COVID-19 adalah dalam jangkaan.

Jumlah kes baru COVID-19 naik tiga kali ganda selepas cuti Tahun Baru Cina.

Jumlah kes mencecah 13,000 pada minggu pertama bulan ini dan berkisar sekitar 10,000 minggu ini.

Encik Ong menjelaskan meskipun jumlahnya tinggi, kebanyakan pesakit mengalami gejala ringan atau tiada gejala langsung.

Beliau menambah varian Omicron amat berbeza daripada Delta.

Risiko mengalami sakit teruk amat rendah dalam kalangan mereka yang dijangkiti varian Omicron berbanding Delta.

"Jumlah pesakit yang memerlukan oksigen kekal sebanyak 0.3 peratus," katanya.

"Jumlah pesakit yang memerlukan jagaan rapi atau malangnya meninggal dunia adalah kira-kira 0.05 peratus. Jadi kita melihat jumlah yang jauh lebih rendah daripada Delta, jadi sistem penjagaan kesihatan kita masih bertahan.

"Kami akan mengadakan sidang media tidak lama lagi dan saya akan memberikan perkembangan lebih lanjut," ujar Encik Ong lagi.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan