Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem IT SG "hampir pulih sepenuhnya" susuli gangguan siber global, kata Jospehine Teo

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jul 2024 04:36PM Dikemas Kini : 21 Jul 2024 09:04PM
SINGAPURA: Sistem IT pertubuhan-pertubuhan di Singapura hampir kembali berfungsi seperti sediakala selepas gangguan khidmat siber pada Jumaat (19 Jul) melumpuhkan pelbagai perkhidmatan penting di merata dunia.

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) Josephine Teo memberi kemas kini itu di media sosial.
Dalam satu catatan Facebook, Cik Teo akur dengan banyaknya kegiatan seharian amat bergantung kepada teknologi, insiden tersebut menyebabkan ramai yang berasa tergugat.

Beliau menekankan perlunya untuk membuat persediaan seberapa banyak yang boleh sebelum insiden seumpama itu berlaku, agar berupaya pulih serta mengatasi gangguan sedemikian.

Beliau menggesa semua pertubuhan supaya menetapkan pelan kesinambungan perniagaan, mengemas kini dan melakukan latihan secara kerap melalui sesi simulasi.

Sementara itu, Microsoft menyatakan anggaran 8.5 juta peranti Windows terjejas oleh gangguan IT sejagat itu.

Ia tercetus akibat kemas kini ralat yang dilakukan firma perisian, Crowdstrike.

Microsoft menambah perangkaan itu membentuk kurang satu peratus daripada peranti yang mengendalikan sistem operasi Windows.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan