Skip to main content

Singapura

Sistem global untuk pastikan perdagangan karbon yang betul "sangat diperlukan" - Grace Fu

Sistem global untuk memastikan perdagangan dan perakaunan karbon yang betul "sangat diperlukan" dalam satu hingga tiga tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Apr 2021 09:53PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 11:18PM

SINGAPURA: Sistem global untuk memastikan perdagangan dan perakaunan karbon yang betul "sangat diperlukan" dalam satu hingga tiga tahun akan datang.

Ini sedang negara-negara di seluruh dunia menggalak pemulihan hijau.

Harapannya adalah, ini akan ditegaskan lagi di sidang perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan datang atau COP26.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata demikian di sidang kepimpinan CNA hari ini (22 Apr).

"Itu yang kami harap dapat dicapai semasa COP26, dan kami berharap bahawa kami sudah membentangkan semua peraturan-peraturan yang semua pihak di meja bulat berasa yakin bahawa apabila kita mengambil langkah seterusnya dalam pendanaan, kami melakukan keputusan yang betul dalam membiayai projek yang bermutu tinggi, yang boleh memenuhi piawai kemampanan sesuai," ujar Cik Grace Fu.

Seramai 150 pemimpin perniagaan, saintis dan pegawai pemerintah mengambil bahagian dalam Sidang Kepimpinan CNA untuk membincangkan tentang tindakan iklim.

CEO Mediacorp Tham Loke Kheng di acara sama turut menyatakan komitmen untuk memberi perhatian kepada perubahan iklim.

Ini demi meningkatkan kesedaran dalam kalangan lebih ramai penonton, di samping menyokong Pelan Hijau Singapura serta memacu pelaksanaan amalan-amalan mampan.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita