Sistem fleksibel dan tangkas kunci tangani ancaman penularan penyakit: MOH
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pengajaran yang ditimba daripada wabak seperti COVID-19 menunjukkan bahawa ciri fleksibel adalah kunci bagi tindak balas terhadap ancaman penularan penyakit.
Ini terbukti berkesan pada 2024 dalam menangani penularan berskala lebih kecil seperti batuk kering atau TB dan mpox.
Pengalaman lalu pula membantu pemerintah membentuk dan memperkukuhkan kesediaan Singapura menghadapi pandemik.
Pun begitu, meramalkan bagaimana penularan seterusnya akan berjangkit dan merebak kekal sebagai satu cabaran.
"Jika anda lihat, misalnya, pengalaman COVID-19 dan juga pengalaman kita sebelum ini tentang SARS Koronavirus 1 pada 2003, kedua-dua adalah koronavirus tetapi penularannya, bentuknya dan langkah tindakan begitu berbeza," tegas Pengarah Kumpulan (Penyakit Berjangkit) MOH, Prof Vernon Lee.
"Maka itu, adalah penting untuk kita mempunyai sistem tindak balas kesiapsiagaan yang fleksibel dan cukup tangkas untuk menangani 'penyakit X' pada masa hadapan."
Penyakit 'X' merujuk kepada jenis penyakit masa hadapan yang diketahui atau tidak diketahui, yang boleh muncul dalam apa pun bentuk berbeza.
Prof Lee selanjutnya mengulas tentang pengajaran utama daripada COVID-19, iaitu pentingnya menyelaraskan beberapa sistem berbeza dalam pemerintah dan masyarakat umum.
Ini terbukti awal tahun ini apabila satu kelompok kes batuk kering dikesan di Jalan Bukit Merah.
Dalam usaha mengesan dan melakukan pengasingan, pihak berkuasa menggunakan sistem-sistem yang dibangunkan semasa COVID-19 untuk menyampaikan hasil ujian dan notis susulan kepada para penduduk.
Pandemik COVID-19 juga mengajar pemerintah betapa pentingnya untuk memperkukuhkan keupayaan jagaan kesihatan.
Prof Lee menambah MOH sedang berusaha untuk memastikan sistem jagaan kesihatan dapat memenuhi permintaan pada masa-masa aman, tetapi mampu membuat penyesuaian sebagai tindak balas terhadap penularan pandemik, jika perlu.
Sebagai contoh, memastikan kemudahan pengasingan dan kuarantin mencukupi, selain memperkukuhkan rantaian bekalan Singapura bagi produk penting seperti vaksin.
Memastikan kesiapsiagaan kakitangan jagaan kesihatan untuk masa hadapan juga sama penting.
Pengarah, Unit Pengasingan Tahap Tinggi, NCID, Prof Madya Lim Poh Lian turut mengulas tentang langkah yang perlu diambil untuk memastikan kesiapsiagaan jagaan kesihatan jika berdepan dengan pandemik kelak.
"Kami perlukan sistem-sistem yang baik untuk berkongsi maklumat barisan hadapan apabila jumlah kes melonjak semasa penularan," kata beliau.
"Kami perlu pelbagai sumber untuk menjaga para pesakit, ujian, rawatan, menerima pesakit, pastikan mereka pulang dengan selamat. NCID berusaha untuk memperbaharui rangkaian tugas bagi menghadapi penularan seterusnya."
Walaupun tiada yang menginginkan tercetusnya pandemik baharu, pihak berkuasa memberi jaminan, semua sistem sudah bersedia jika ia berlaku.
Singapura diyakini mampu melakukan penyesuaian dan menyelamatkan jiwa serta mata pencarian penduduknya.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.