Sistem ETA bas dipulihkan berperingkat dalam tempoh 4 hari selepas masalah dikesan: LTA
Pemulihan sistem Anggaran Masa Ketibaan Bas (ETA), yang memaparkan anggaran masa ketibaan bas di perhentian bas dan pada aplikasi pengangkutan, dijangka akan mengambil masa empat hari, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kemas kini pada Khamis (22 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemulihan sistem Anggaran Masa Ketibaan Bas (ETA), yang memaparkan anggaran masa ketibaan bas di perhentian bas dan pada aplikasi pengangkutan, dijangka akan mengambil masa empat hari, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kemas kini pada Khamis (22 Jan).
Ini selepas LTA menetapkan semula (reset) sistem ETA dari pukul 8.00 malam hari Rabu (21 Jan), berikutan isu teknikal yang menyebabkan masa menunggu yang lama dipaparkan.
Sejak itu, para pengguna tidak dapat melihat anggaran waktu ketibaan bas pada paparan elektronik di perhentian bas dan pusat pertukaran bas, serta pada aplikasi seperti MyTransport.SG, CityMapper dan Google.
LTA menyatakan pada Khamis (22 Jan) bahawa jurutera dan kontraktor sistem ETA telah menemui masalah "memory cache build-up" pada sistem dalam sesetengah bas berikutan penetapan semula itu. Ia menambah bahawa kira-kira 50 peratus daripada kumpulan bas bagi semua pengendali bas terjejas oleh isu tersebut.
Untuk mengosongkan cache pada bas-bas yang terjejas, para teknisyen perlu melakukan servis secara fizikal pada peranti dalam bas.
"Berdasarkan skala kerja, proses itu dijangka mengambil masa kira-kira empat hari," kata LTA.
LTA menambah bahawa ia akan menghidupkan semula sistem ETA pada permulaan perkhidmatan penumpang mulai Jumaat (23 Jan) untuk menjalankan ujian dan menstabilkan operasi.
Masa ketibaan bas tidak akan tersedia sepenuhnya atau tepat sepanjang tempoh ini sedang prestasi sistem dipulihkan secara "progresif" dan selepas ujian selesai.
"Lebih 60 peratus daripada masa ketibaan bas akan tersedia untuk penumpang mulai 23 Januari seperti paparan maklumat penumpang elektronik di perhentian bas dan pusat pertukaran bas, aplikasi seperti MyTransport.SG dan aplikasi pihak ketiga seperti CityMapper dan Google Maps," kata LTA.
Bagi perkhidmatan bas yang selebihnya, penumpang mungkin masih melihat masa ketibaan yang hilang atau tidak tepat, tetapi isu ini secara "beransur-ansur" akan lenyap sedang sistem dipulihkan secara berperingkat, tambahnya.
LTA menyatakan pada Rabu (21 Jan) bahawa dapatan awal telah menunjukkan isu "penghantaran maklumat yang terputus-putus" pada sistem dalam sesetengah bas, mengakibatkan anggaran ketibaan bas terlepas untuk sebahagian kecil bas di seluruh rangkaian basnya.
Isu itu mula dikesan pada 10 Jan, dengan lebih banyak ketidaktepatan "kemudian dikesan sepanjang minggu", tambah LTA.
Bas-bas telah terus beroperasi pada frekuensi biasa di tengah-tengah tetapan semula sistem ETA, dengan penumpang boleh memeriksa kekerapan bas di laman web SimplyGo dan pengendali pengangkutan awam.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.