Skip to main content

Singapura

Sistem digital SPF bantu pegawai penyiasat perkemas proses

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Nov 2025 12:05AM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 02:03PM
SINGAPURA: Dahulu, siasatan polis bergantung pada laporan bertulis dan fail kes yang dicetak.

Sekarang, proses ini sudah menjadi lapuk, dengan wujudnya sistem digital bagi memperkemas proses pentadbiran yang memerlukan banyak tenaga kerja.

Platform CRIMES3 itu akan membolehkan para pegawai menumpukan perhatian kepada tugas utama mereka, sekali gus memastikan piawai siasatan yang lebih baik bagi orang awam.

Timbalan Superintenden SPF Jason Gan berkata: "Hari ini, melalui aplikasi mudah alih siasatan tempat kejadian jenayah, mereka dapat memanfaatkan fungsi-fungsi ini untuk merakam bahan bukti, serta mengambil kenyataan secara digital ketika berada di lapangan, tanpa perlu lagi berurusan dengan kertas laporan."

Beginilah cara platform CRIMES3 berfungsi:

Pegawai akan mula dengan membuka fail baharu, apabila siasatan perlu dijalankan.

Ketika mengumpul bahan bukti, semua borang dan dokumen difailkan terus ke dalam platform tersebut.

Maklumat itu kini boleh diakses dengan mudah oleh agensi-agensi berbeza.

Contohnya, pihak hospital boleh memuat naik laporan kesihatan,dan fail itu boleh dihantar secara langsung ke Pejabat Peguam Negara (AGC).

Meskipun kes itu sudah selesai, fail digital berkenaan boleh diakses dengan mudah.

"Daripada perlu memindahkan salinan fail seperti yang berlaku hari ini, mereka boleh bekerjasama menerusi fail digital itu. Dengan pelbagai pihak menangani fail yang sama, ia membolehkan kerjasama dan penyelarasan yang lebih baik, sekali gus meningkatkan tahap kecekapan," tambah Encik Gan.
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita